June 25, 2010

chatting dating

hahaha... baca tajuk macam kelakar je.. adooii... ye lah zaman IT sekarang ni mana orang dating pakai surat menyurat lagi dah... texting, calling and chatting.. (saya? ah, sama sahaja..hehehe.. tapi not dating2 la ye.. chatting2 dengan kawan2 saja) entah kenapa rasa nak buat research ckit pasal chatting dating ni... hampir 90% chatting mengandungi soalan:
1. awak sihat?
2. awak dah makan?
3. awak pakai baju colour apa hari ni?
4. awak makan apa tadi?

hohoho... hari-hari pun soalan yang sama... jarang kita dengar bila orang chatting tanya::
  1. macam mana dengan isu pemanasan global hari ini?
  2. bagaimana nak tangani masalah sosial negara?
  3. apa kaedah nak tingkatkan produktiviti diri?
ada? jarangnya nak dengar perbincangan macam tu kan? ah, sama je lah saya pun.. huhu.. selalu teringin nak ubah pola perbualan di laman chat.. tapi bila mula buka topik yang berbaur perbincangan semasa atau berilmu sikit, topik mesti lari... tak lekat.. dua tiga reply, dah balik pada soalan-soalan seperti::
  1. tengahari tadi makan apa? wah, sedapnya...
  2. esok tak pergi mana2 ke? tengok wayang jom...
  3. tengok sinetron Benci Bilang Cinta tak tadi?
aduhai... macam tak boleh nak ubah dah.. ni lah orang kata bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi... kalau sorang je yang excited nak cerita, yang sorang lagi jangan kata nak sambut, nak dengar pun rasa bosan tahap gaban, memanglah tak ke mana perbincangan topik2 ala ilmiah ni.. bukan nak tunjuk yang kita ni pandai sangat ke apa, cuma ingin berkongsi menambah ilmu pengetahuan... sebab memang sedar yang kita (saya) kurang bijak dan kurang pintar, sebab tu lah nak buka topik ilmiah sikit kot2 kawan tu ada pendapat dan ilmu yang boleh saya pelajari.. huhu... (atau saya yang salah pilih topik agaknya.. ngeeeeeeee~)

tak taulah, kan? hmm, takpe.. azam saya mulai sekarang ialah cuba menghalakan perbualan di laman chat lebih ke arah topik berilmiah.. walaupun cuma topik 'cara-cara masak sup herba ayam'.. haha.. ilmu juga namanya tu.. ilmu orang dapur... so, kawan2, marilah jadikan internet sebagai salah satu cabang sumber ilmu, ya... bukan sebagai laman sosial dan hiburan semata-mata.. (aish..macam berkempen pula..)

yosh!! mari sama-sama memartabatkan ilmu kay... ;)

~pariparipelangi~
FairySanctuary

No comments:

Post a Comment