Showing posts with label MySanctuary. Show all posts
Showing posts with label MySanctuary. Show all posts

May 7, 2014

Rindu Mengetik Papan Kekunci Berjam-jam

Oh..

Sungguh lah. Rindu. Rindu mengetik papan kekunci berjam-jam saban pagi hingga ke waktu subuh. Mengarang puisi dan cerita ikut unjuran naluri. Memang sudah lama otak tidak di asah mengarang. Lihat saja blog berhabuk ini sebagai bukti. Mencoret barang sebaris dua ayat pun tidak, apa lagi mengarang dua tiga muka. Sudah kurang produktif sisi kreatif penulisan. Novel yang diusahakan juga sudah lama tidak berusik. Entah apa khabarnya di dalam cakera keras lama itu. Kasihan.

Kasihan.

Jari jemari gatal mahu menulis lagi. Otak ligat menggambarkan pelbagai plot cerita. Jika digabungkan, mungkin boleh jadi cerita terhebat di abad ini. Mungkin.

Mungkin.

Mungkin juga akan terus kekal di dalam otak yang kian menerjah untuk di pamerkan idea-ideanya. Tapi hanya tertelan tersekat di rengkung. Mungkin. Ada 1001 kemungkinan yang mana setiap satunya hanya kekal 'mungkin' selagi mana tidak bertindak. Hailaa...

Mode : statik!!

May 6, 2012

Pesta Hati :: Pesta Buku


Bismillahirrahmanirrahim...

 _Mula.

Err. Patut dah lama dah mula.Terakhir menulis pada September 2011. Oh, memang sudah lama. Tak dinafikan. Lama sungguh. Jika blog ini serupa diari-diari lama yang disimpan dalam kotak, memang sudah tebal habuknya. Hailaa..

Beberapa tempoh kebelakangan ini jari memang malas nak mengetik papan kekunci. Berat dah gaya pikul batu bertan-tan atas jari ni. Malas. Nak fikir apatah lagi. Semuanya main tolak tepi. Konon boleh hilang serabut. Tak sedar yang ditolak ke tepi tu makin hari makin serabut rupanya. Kasihan..

Sekarang, semangat yang tertolak jauh dah datang bergolek-golek. Minta dipenuhi semua hasrat hati. Minta diluruskan yang kusut masai. Kadang-kadang terlebih happy macam dah tak cukup hari nak bergembira. Menghitung setiap saat macamlah jarum detik tu akan berhenti. Oh, entahlah.. Emosi memang begini rupanya. Ikut sesuka hati dia mahu bagaimana.

Eh, sudahlah.
Itu cerita sudah.

Ini cerita hari ini.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.. Memang melonjak-lonjak hati bila sebut tentang pesta buku. Lain macam perasaan yang singgah. Dah gaya orang bercinta nak berjumpa kekasih hati buat kali pertama. Memanglah PBAKL selalu saja memberi aura keceriaan berganda (dan double upset bila tak dapat nak jengah.. Huh!).

Dua hari jengah PBAKL tahun ni, setiap kali tu juga lah membeli belah. Tambah yang main pesan kat orang lagi. Baru merancang nak shopping rak buku untuk susun atur semula buku-buku sedia ada. Sudah di tambah lagi naskah-naskah baru dari PBAKL. Rambang mata. Memang bernafsu setiap kali ke sana.

Kali ini saya melengkapkan koleksi novel karya Khairyn Othman terbitan Jemari Seni dan koleksi kisah Sunan dari RAM terbitan Alaf 21. Biografi Agung Rasullullah terbitan Mustread dan Srikandi-Srikandi Yang Benar terbitan PTS juga menjadi pilihan. Buku-buku lain juga turut di sambar seperti Imam-imam Yang Benar, Aku Bukan Malaikat, Dia Bukan Nabi, Syamail Muhammadiya, Tafsir Ayat Ahkam, Quartet etc. Ah, memang gila di Pesta Buku. Jika sebahagian kita gila dapat shopping Gucci, Prada, Hermes, Salvatore Ferragamo dan macam-macam lagi jenama 'orang putih', saya gila dapat shopping buku. Ya, b.u.k.u, buku. Ah, boleh saja jika kamu suka mahu panggil saya ulat buku. Saya peduli apa. :p

Sudahlah. Saya mahu mula membaca. Menghabiskan koleksi yang diborong di PBAKL tahun ini. Belum tahu bila habisnya..

notakaki :: Lebih seronok lagi bila dapat tahu buku masakan saya, 'Hidangan Sesuci Lebaran bersama Chef Sara' terbitan PTS Milenia turut terjual di PBAKL. (Sungguh! Ingat sudah tidak laku. Masih ada rezeki saya rupanya). 

_Noktah.




:: dari kotak fikir infiniti ::

Si Pari-Pari Pelangi

September 22, 2011

Caffox + Alatrol

_Mula.
Caffox.
Alatrol.

Dah gaya macam makan gula-gula je saya telan benda ni hampir setiap hari. Hampir. Bukan setiap hari. Situasi tidak kronik untuk memaksa saya menelannya hari-hari. Maka telan bila dirasakan perlu sahaja. Itu kata doktor. Saya ikut saja. Tak ikut nanti dikatanya keras kepala.

Ini semua gara-gara King Migrain dan Encik Eczema. Si migrain itu King kerana sering sahaja bermaharajalela dalam kepala. Sekali bersarang, berhari-hari baru hilang. Kejam. Mahu sahaja diburu, ditangkap dan direjam sampai mati. Setakat ini Caffox itulah yang setia memburu dan merejam King Migrain yang menyerang urat-urat kepala. Tapi kadang-kadang, Caffox itu pun kalah juga. Maka waktu itu, tidur secara paksa menjadi ubatnya. Jangan tanya bagaimana rupa saya ketika memaksa diri untuk tidur ketika itu. Memang pasti berwajah bengis, kejam dan hodoh juga. Melawan King Migrain yang kejam memang begitulah. Haish.

Si Eczema itu Encik kerana suka mengusik kulit halus mulus saya ini. Sudah jadi kering kontang, nipis dan luka. Ish, geram. Mungkin Encik Eczema ini dengki agaknya. Cemburu bila kulit saya cantik. Maka diserang permukaan kulit dan sendi-sendi saya ni. Dah rupa kulit nenek-nenek. Sedih. Terpaksa pula mengalah tak boleh makan itu, tak boleh makan ini. Tak boleh guna sabun itu, tak boleh guna sabun ini. Tak boleh berpeluh, tak boleh berjemur bawah matahari. Cis! Buat saya nampak macam minah gedik bila buat kerja di dapur pun kena bersarung tangan. Bila berpeluh sikit pun dah mula nak merungut sebab rimas. Bila berjemur lama sikit bawah matahari dah rasa macam dibakar dalam oven. Oh!! Sedih.Mujur ada Alatrol yang membantu serba sedikit. Boleh lah nak halau Encik Eczema tu untuk sehari dua. Hmm..

Layankan saja...

_Noktah.

:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

August 9, 2011

"Like" atau "Follow" - Itu Hak Peribadi

:Rainbow

_Mula.

Oh.. Memanglah saya alergi dengan isu paksaan macam ni. Paksaan yang nampak benar desperatenya. Kamu semua mesti tahu wujudnya butang "Like", "Follow" dan macam-macam yang sewaktu dengannya di Facebook, Twitter, Youtube, Blog and etc kan? Ini yang nak diperkatakan ni. Paksaan untuk meng"Like" atau meng"Follow" siapa-siapa atau apa-apa yang dihajatkan. Alahai.. Tak payah kot nak paksa orang. Bukan ke semua butang tu diwujudkan untuk kita bebas mengatakan kita setuju, suka atau tidak pada sesuatu perkara?

"Eh, I dah follow you.. You follow lah i balik tau."
"Hi, kawan-kawan. I masuk contest ni. Tolong Like picture i tau."
"Follow blog saya dan tinggalkan link anda. Saya akan follow anda semula."
"Like page aku. Kalau tak, kau bukan kawan aku lagi!!"

Huh!! Apa ni?

Anda sedesperate itu kah untuk mendapatkan perhatian? Butang "Like" atau "Follow" tu bukan diwujudkan untuk menunjuk-nunjuk siapa lebih glamour dari siapa. Angka fan atau follower awak tu tak membawa apa-apa makna sekiranya fake semata-mata. Wujud atas dasar paksaan. Ceh!!

Saya? Tak kisah pun. If suka, "Like" dan "Follow" lah. If tak, suka hati. Itu hak peribadi masing-masing. Lain orang lain pandangan. Saya "Like" dan "Follow" apa yang membawa manfaat pada saya. Itu saja. Seharusnya kamu pun sama. Kenapa nak "Like" benda yang kita tak suka atau sebenarnya tak tahu pun itu apa? Ish.. Ish.. Ish..

Apapun, enjoy saja. Be yourself.. It wasn't hard at all... Chill.. :) :L

_Noktah. Eh, rasa nak letak koma. Macam ada kesinambungan aje nanti. Ngee~

:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

May 11, 2011

Titik Mula, Titik Pertengahan, Titik Akhir

:Rainbow

_Mula.

Titik mula?
Sudah. :)

Satu titik mula yang saya labelkan sebagai indah. Tidak tahu mahu menceritakannya bagaimana. Memang selalunya banyak perkara yang sukar untuk lidah kita ucapkan. Macam kelu bila orang bertanya. Cuma pandai senyum saja. :) Maka senyum saja lah. Tak membebankan pun bila senyum kan? Malah boleh buat orang senang dengan kita. Senyum lagi ya. Pamerkan rasa indah dalam hati dengan senyuman seikhlas mungkin. Ha, kan cantik. ;)


Titik pertengahan?
Sedang melaluinya.

Tidak tahu pada awal titik pertengahan ini saya mahu senyum atau menangis. Ya, semua orang akan melalui titik pertengahan yang berbeza. Tak sama. Sekarang, saya masih senyum walaupun titik pertengahan saya tidak begitu menggembirakan. Tapi masih, saya anggap ia rahmat dari Tuhan. DIA kan Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dan saya yakin ini yang terbaik untuk saya. Salah satu proses mendewasakan diri. Salah satu proses mengenali dia dan kehidupan saya. Maka itu, saya masih tetap tersenyum. :) :) :) Setiap hari, setiap waktu. Senyum lagi. :)


Titik akhir?
Belum.

Saya tidak tahu bagaimana titik akhirnya nanti. Samaada akan menepati harapan saya, atau memusnahkannya. Tak mengapa. Macam saya kata. Ini rahmat Tuhan. Maka saya akan terus tersenyum biar apa pun titik akhir saya. Senyum lagi. :) Sekurang-kurangnya itu yang saya mampu lakukan untuk diri sendiri dan orang-orang di sekeliling saya. Senyum. :)

_Noktah.

:Rainbow

:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

May 3, 2011

Hidup :: Macam Ni Lah...

:Rainbow

_Mula.

Mengeluh? Jangan. Ya.. Ya.. Saya tahu kadangkala saya juga mengeluh.. Ish, memang buruk perangai mengeluh tu ya. Jangan buat lagi. Hidup memang macam ni. Orang kata, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.. Saya kata, kalau takut pada risiko kehidupan, jangan hidup. Eh.. eh.. Bunyi macam nak suruh orang bunuh diri pula. Ish.. Ish.. Jangan.. Jangan diikut pepatah buatan sendiri itu. Inilah antara sebab musabab saya memang tak layak jadi sasterawan ya, kawan-kawan.

Okay. Cukup.
Berbalik pada cerita.

Hidup :: Macam ni lah. Pasang surutnya tu perkara biasa. Siapa yang tak diuji, kan? Kan? Rasullullah kita yang dah dijanjikan syurga pun diuji hebat oleh Allah. Ini kan pula kita yang cuma hamba kerdil. Makanya, tak payah nak mengeluh sangat. Banyakkan doa minta Allah tenangkan hati kita.. Dekatkan diri pada Dia. InsyaAllah.. Ya, saya juga sedang melakukan usaha yang sama. Semoga hati kita semua diberikan ketenangan berpanjangan.. Yang pasti, setiap ujian yang saya hadapi, saya tukarkan tanggapan musibah kepada rahmat.. Sebelum saya terus melatah tak berhenti, saya kena cepat-cepat twist pemikiran negatif saya pada positif.. Menjawab setiap persoalan 'kenapa' dan 'mengapa' dengan 'Ini rahmat Allah. Kerana ujian ini saya mempelajari sesuatu yang mungkin tidak ramai orang berpeluang mendapatkannya'.. Insha Allah, Insha Allah.. Dia kan lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.. :) :L

Eh..Eh.. Dah mengantuk..
Okay.. Mari tidur..

Maksud saya, saya tidur di sini.
Dan kamu semua tidur di sana ya.

Selamat malam..
Senyum.. :)
Tidur.. :L

_Noktah.

:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

April 23, 2011

Mencacah Otak Beku dengan Fahaman Baru

:Rainbow

_Mula.

Sedikit demi sedikit..

Berbekalkan air milo beku, saya cuba mencacah otak dengan fahaman baru.. Supaya dapat dicerna menjadi satu kepercayaan dan keyakinan yang utuh..

Otak beku . . . Fahaman baru . . .
Otak beku . . . Fahaman baru . . .

Haish.. Susah rupanya..

_Noktah.

:Rainbow

:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

April 18, 2011

Maka Tamatlah Riwayat Kesan Degil

_Mula.

Ini bukan tentang kesan degil pada baju.. Ini tentang kesan degil pada hati.. Ditamatkan dengan tragis.. Dan saya harus berpuas hati dengan keputusan sendiri.. Tak apa.. La Tahzan kata orang.. Selalunya lepas hujan ada pelangi, kan?

Nama pun manusia.. Kita tak lari dari diuji dan menguji.. Tak lari dari melakukan kesilapan.. Kadang-kadang kita terpaksa membuat keputusan yang salah pada masa yang tepat.. Dan pastinya, tak ada pusingan U di mana-mana lebuhrayanya.. Maka, kunyah dan telan saja..Sendiri bikin, sendiri tanggunglah, kan? Barulah betul kita kuat.. Eh.. Ya ke? Ya.. InsyaAllah, saya cukup kuat.. Kuat yang secukupnya untuk tidak menjadi lebih senget dari kesengetan yang sedia ada.. Err.. Faham ke? Maksud saya, tidaklah sampai saya nak melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya hanya semata-mata satu perkara yang saya sendiri dah tekad melakukannya.. Haa, lagilah tak faham... Ah, sudahlah! Memang begini perangai saya.. Jangan diikut ya..

Kepada hati, syabas!! Syabas diucapkan.. Syabas kerana masih bertabah.. Saya suka dan sayang kamu wahai hati.. Tetaplah jadi milik saya ya, hati.. Saya tahu ramai yang kata kamu keras dan degil.. Tak apa, hati.. Kita memang sama.. Serupa.. Yang penting, kita tak kacau hati orang lain kan, hati.. :) Err.. Ke ada sebenarnya? Kalau ada, kepada hati-hati yang berkenaan, saya dan hati pelangi ni mungkin tak sengaja.. Maaf sesungguhnya... Maaf yang tak terhingga kerana tak sengaja mencalar hati-hati berkenaan..

Okay.. Riwayat kesan degil sudah tamat.. Apa kata kita pergi sidai hati yang basah sebab dah dibasuh secukupnya ni, ya? Jom..

_Noktah.


:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

April 6, 2011

Sindrom Kaku

_Mula.

tangan 'kekakuan'
 
Okay.. Saya tidak pernah belajar ilmu perubatan.. Saya tak suka berada di hospital, klinik atau mana-mana tempat yang sewaktu dengannya.. Selagi ada bau antiseptik, ubat-ubatan dan sebagainya, saya memang alergi.. Pernah duduk dalam wad masa operate lutut dulu pun rasa resah macam apa.. Haish.. Memang sangat tak suka.. Sebab tu saya rasa saya memang sangat tak layak belajar ilmu perubatan.. ngee~ :D

Dan sebab itulah saya tak tahu samaada istilah sindrom kaku ini wujud atau tidak.. Saya suka-suka saja berikan istilah ini.. Ya.. Anda betul.. Kesengetan sedang melanda.. Sebab tu saya suka-suka buat ikut suka hati saya.. Senget 45 darjah ke mana-mana arah yang saya suka.. Haha.. Jangan hiraukan saya.. Memang begini perangainya..

Selepas 2 hari diserang Mr M yang nakal tu, sindrom kaku pula melanda.. Tangan dan kaki saya sakit.. Lebih-lebih lagi bila sendi-sendinya di gerakkan.. Tak boleh nak luruskan jari atau menggenggam tangan pun.. Angkat pinggan sebiji pun dah macam angkat kayu balak rasanya.. Adeh.. Kesian mak pula yang terpaksa ambil alih kerja membasuh pinggan dan periuk belanga.. Maaf ya, mak.. Nanti bila jari dah tak kaku lagi, saya ambil alih semula kerja-kerja kat dapur tu ya..

Ini bukan kali pertama tangan dan kaki saya terkena sindrom kaku ni.. Bermula pada tahun lepas masa tengah kecoh tentang demam denggi.. Pertama kali kena sindrom kaku ni, ia datang sekali dengan demam.. Risau terkena denggi sebab orang kata salah satu simptom demam denggi ialah sendi sakit.. Pergi cek di HBTAR, Klang.. Alhamdulillah bukan denggi.. Tapi sejak hari tu, saya kerap kena sindrom kaku ni.. Kejap ok, kejap kaku.. Kejap ok, kejap kaku.. Tak tahu apa puncanya.. Belum pernah cek dengan mana-mana doktor lagi..

Selagi saya boleh bangun dari tidur, boleh uruskan diri sendiri, boleh makan seperti biasa, boleh duduk depan PC ni (mujur menaip tak begitu menyakitkan jari jemari saya), maka saya anggapkan ia tidak serius.. Saya akan terus bertahan menjalani hari saya dengan sindrom 'kekakuan' ini.. Ya!! Saya memang kuat..(kononnya lah) hehe~ ;)

_noktah.

eh, ada lagi..
p/s :: ada tak doktor yang boleh tolong periksa tangan dan kaki saya yang terkena sindrom kaku ni tanpa saya perlu ke hospital? ada tak? ada tak? hehehehehe~ (penakut betul budak pariparipelangi ni..haish..) :p


:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

April 5, 2011

Dua Hari Yang Berat Di Serang Mr M.

_Mula.

Berat.. Dua hari ini memang agak berat rasanya.. xo Diserang encik M.. M yang maha besar.. Sehingga mengganggu mood dan kerja-kerja saya.. haish.. Mengeluh saya hari ini.. Memang tak elok sungguh perangai mengeluh ini..

Sakit kepala yang melampau ditambah dengan nausea membuatkan hari saya tidak keruan.. Sudah sangat lama pula saya tidak menyimpan sebarang stok ponstan atau caffox.. Maka, layan tidur sahaja dengan harapan Mr M akan pergi jauh-jauh.. Tapi memang Mr M ini degil.. Bersarang juga di kepala saya selama dua hari lamanya.. Hari ini pun masih ada sisa saki bakinya.. :(

Ish...
Ish..


Tak apalah.. Ini ujian namanya ni.. Setiap sakit yang ditangani dengan sabar ada ganjaran nikmatnya nanti.. InsyaAllah..

_noktah..

:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

April 4, 2011

Satu

_Saya hanya ada satu perkataan saja di awal pagi ini ::

M.I.G.R.A.I.N

_Okay..Mari berusaha melelapkan mata..


:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

March 28, 2011

Babysitting = Mendudukkan Bayi?

_Mula.

Sedang bergembira 'mendudukkan bayi'.. Ya.. Agak pelik bunyinya.. haha~

Okay2.. Saya bergurau sahaja.. Sebenarnya saya mahu kata yang saya sedang gembira menjaga anak-anak buah saya.. Minggu lepas saya menghabiskan masa bersama Nurleena Khadijah, Ibrahim Al-Muaeqly dan Youseff Al-Muaeqly.. Bersama mereka sepanjang minggu di sekitar Lembah Klang.. Penat? Ya, mungkin sedikit penat, tapi saya tidak begitu kisah.. Saya suka melayan kerenah mereka.. Kanak-kanak memang selalu sahaja buat saya tersenyum sampai telinga.. Walaupun ada masa mereka suka buat saya geram macam nak gigit-gigit telinga mereka.. Tapi, namanya pun kanak-kanak, kan? ;)

Minggu ini bermula tugas saya menjaga si kecil Mardhiah pula.. Kakak saya sedang sarat menunggu hari.. Bila bersalin nanti, akan ada dua baby yang sangat cute di rumah ini.. Mardhiah dan adiknya.. Puaslah saya mengerjakan mereka nanti.. Atau saya yang bakal dikerjakan.. haha~  itu belum tahu.. Si kecil ini boleh tahan juga ligatnya.. ;)

Apapun, mereka ini memang total remedy.. Membuatkan hati yang galau menjadi ceria dan tenang..

_Noktah.

:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

March 23, 2011

Peta Masa yang Sendat

 _Mula.

1, 2, 3.. Saya sedang belajar mengira..

Mengira hari.. Banyak perkara yang perlukan perhatian penuh dari saya.. 1, 2, 3.. Mengira kerja pula.. Memasukkannya ke dalam peta masa yang saya lukis dalam minda.. Boleh atau tidak saya capai? Yang itu kena tanya semangat dan hati.. Minta-minta dalam tempoh masa yang berkenaan, semangat saya sentiasa ada.. Dan encik idea juga.. Harap-harap encik idea tidak hilang arah..

_Noktah. (untuk hari ini sahaja..minda sedikit bercelaru dengan kedatangan Mr M junior.. Jangan sampai Mr M senior datang menjengah pula.. Parah nanti.. huhu~)

:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

March 18, 2011

Aku dan Impian Mahu Menjeda Masa.. Oh!!!

_Mula.

Terdiam seketika..
Masa terjeda..

Okay.. Mainkan semula masa..

Oh, aku!! Memang.. Memang sangat teringin menjeda masa.. Membetulkan setiap kesilapan kecil dan besar sebelum memainkan masa semula.. Supaya semuanya kelihatan sempurna.. Itulah.. Manusia kerdil di bumi.. Kecil tapi besar yang mahu dimintanya.. 

Oh, aku!! Masa tak boleh dijeda dan dimainkan semula macam menonton DVD.. Ini masa yang mengikut aturan Tuhan.. Samaada kita berlari mengejarnya, berjalan seiring dengannya atau melenggang ditinggalkannya.. Tepuk dada tanya hati.. Itu sendiri fikir..


Oh, aku!!!

_Noktah..

:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

January 4, 2011

5 Minit Yang Panjang...

:Rainbow

__Ini entri merapu.

Memaksa diri untuk menulis dalam keadaan otak yang tepu lagi beku. Sakit jiwa betul saya ni. Sudah tahu otak tak mampu mencerna apa-apa ketika ini, masih mahu dipaksa-paksa. Agaknya sudah tidak ada kerja lain yang lebih berfaedah gamaknya.

Saya memandang ke luar tingkap sekejap. Gelap. Hanya ada lampu jalan yang malap. Kononnya mencari ilham. Kemudian saya menghadap PC semula. Namun masih tiada apa-apa idea yang muncul. Memang sudah jammed mesin penghasilan idea ini. Minta diservis agaknya.

Saya memandang ke arah dapur pula. Gelap. Lampu kalimantangnya tidak dihidupkan. Hanya terdengar suara tikus mencicit berpesta. Mahu saja diketuk-ketuk seekor demi seekor. Tapi ternampak kelibatnya sahaja, saya sudah membuka langkah seribu, bagaimana pula mahu mengetuk kepalanya? Oh, batalkan niat itu. Saya dan tikus memang tak boleh berjumpa. Yang satu akan lari ke utara dan satu lagi lari ke selatan. Elok lah.

Kemudian, saya menghadap PC semula. Masih juga kosong! Otak masih belum mencerna apa-apa idea baru. Kosong macam balang biskut kat dapur yang tinggal serdak aje. Itu pun bakal licin juga tu. Hoho..

Saya jenguk dinding facebook dan myfriends2u. Tidak ada yang menarik yang mampu merangsang kreativiti otak saya ni. Gagal lagi!!

Memang encik idea tidak mahu berkerjasama.
Maka....
Off PC..
Tidur saja... ZZZZzzzzzzz...


:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

January 3, 2011

Jiwang lagi?? Ish.. Mengada-ngada minah ni..

:Rainbow

___Rindu.

Ya. Agak gedik bunyinya. Tapi itu kenyataan. Memang rindukan satu makhluk Allah ni. Tak tahu macam mana nak cakap. Mungkin sebab sebelum ini tak pernah rasa rindu yang macam ni. Pelik juga rasanya. Hmm.. :d Macam makan nasi berlaukkan aiskrim. Wahaha. Boleh ke macam tu? Ngeee~ :$

Dalam hati ada rasa
Yang tidak pasti apa namanya
Hanya mahu menyebut nama dia
Hanya mahu terbayang wajahnya
Ini apa ya?

Tahun 2011 ini memang pelik bin aneh saja saya ni. Tahap kesengetan sudah bertambah-tambah. Dari 45 darjah ke 60 darjah. Mungkin kejap lagi akan bertambah lagi. Mungkin juga akan senget 360 darjah tambah 180 darjah. Dua kali senget namanya tu. Ah, sudah!! Itu parah namanya.

Tolong!! Tolong lah hati. Jangan senget-senget lagi ya. Relaks saja.
Rindu siapa? Oh, jawapan saya masih sama. NO COMMENT. Hehehe.. :P
Eh, sudah. Jangan dilayan kepala ni.

Maaf, ya. Saya memang begini. Peace.. ;)

:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

December 24, 2010

Aku Mahu Kamu Kerana Kamu Adalah Kamu :: Sempurna Seadanya..

:Rainbow

_Entri jiwang.

Ya. Kadang-kadang saya sedikit jiwang. Melayan perasaan yang tiba-tiba diketuk bunga-bunga. Mengalahkan orang yang galak bercinta. Jika diukur tahap kejiwangan saya, sudah boleh dibentang sepanjang lebuhraya Utara-Selatan gamaknya. Mujur juga tidak selalu begini. Senget yang datang bertandang sekali sekala. Sedikit menyampah! Oh, tak! Bukan sedikit saja. Menyampah banyak. Melihat diri sendiri yang mula berjiwa-jiwa macam apa. Oh, entahlah.

Layankan saja..~

Aku tidak mahu kamu jadi matahari,
hanya menemani siangku yang ramai,
dan hilang bila senja datang.
Aku tidak mahu kamu jadi bulan, 
hanya menemani malamku yang sunyi,
dan pergi bila menjelang pagi.
Aku tidak mahu kamu jadi hujan,
hanya menemani tengkujuhku yang sayu,
dan beredar bila mentari menjelma.
Aku tidak mahu kamu jadi pelangi,
hanya menemani ceriaku yang singkat,
dan ghaib bila datang hiba.
Aku hanya mahu kamu kekal menjadi kamu,
dirimu yang aku kenali seadanya.
Itu sudah cukup menenangkan jiwa,
kerana kamu selalu ada,
sebagai perindu dan pecinta,
bila-bila masa.
Aku mahu kamu kerana kamu adalah kamu,
sempurna seadanya..

Haa~

Jiwang. Penuh bunga-bunga. Haish. Pari-pari ini tersenyum senget seadanya. Menepuk dahi sendiri. Aduhai lah. Hati sudah diketuk-ketuk jiwang yang panjang. Musim mengawan 2010 juga sudah hampir tamat. Tapi pari-pari ini masih diam sendiri. Jangankan nasi minyak sebutir, bau-bau bacangnya juga tidak ada. Oh, lambat lagi ya.

Kepada yang asyik bertanya. Jawapan saya masih sama. Ikut standard piawaian selebriti. NO COMMENT saja. Haha.

Jangan kecil hati.
Saya memang begini.
Senget 45 darjah ke mana-mana arah yang saya suka. Peace!!

Adios__


:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

December 23, 2010

Amanat Akhir Tahun dan Berbakul-bakul Azam Tahun Baru (azam terkumpul ke?)

:Rainbow

2010 dah nak merangkak pergi tinggalkan saya. Tinggalkan kita semua. 
Psst, azam tahun ni dah tercapai ke? 

Ooopsie. Ngee~ :$ ..Adeh. Terasa malu pula bila bercakap soal azam. Setiap tahun saya akan membawa berbakul-bakul azam tahun baru. Ada sebahagian yang tercapai. Tapi yang tak tercapai tu yang buat pipi saya memerah bila orang mula tanya mengenai azam. Huhuhu.. :( 

Takpe. Kita cuba capai pada tahun 2011 pula. Harap-harap tahun depan tak banyak sangat azam terkumpul yang perlu dibawa ke hadapan. Sedang berusaha memperbaiki diri ni. (tiap-tiap tahun cakap macam tu.. haish..) Tapi kan, hidup ni memang mengenai perjuangan. Perjuangan berpanjangan untuk menjadikan diri kita lebih berguna pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Jangan cepat sangat berpuas hati. Cuba dan cuba lagi. InsyaAllah. ;) aja-aja fighting!!!

Tahun 2011 bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Tak cukup page rasanya kalau nak disenaraikan di sini. Nantilah.. Nantilah saya kongsikan dengan semua ya. Buat masa ni, simpan dulu.

Apa pun, selamat berjaya menempuhi tahun baru yang akan datang. Semoga kita semua dilimpahi kebahagiaan dan kurnia rezeki berpanjangan. Amin... ;)

:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

December 22, 2010

K.E.G.U.G.U.R.A.N

:Rainbow

Ya.. Bila sebut tentang keguguran, mungkin ada ramai yang rasa meremang bulu romanya..  Terbayang si janin kecil yang baru nak hidup, dah pergi tinggalkan dunia.. Memang menyayat hati, kan?

Tapi saya bukan mahu bercerita tentang keguguran yang itu.. Ini tentang keguguran rambut yang semakin menjadi-jadi.. Hailaa..  Sangat merunsingkan.. If it continues to fall, alamat botaklah jawabnya.. Oh, TAK NAK!! Dah rupa alien pula nanti.. *sigh... TAK MAHU!!


[gambar:: Rambut Gugur.. sumber :: google image.. entah rambut sape ntah ni.. haha..]
Jenama R, P dan S tidak sedikitpun membantu.. (iklan je macam best..huh!!) Ia tidak mampu menangani masalah keguguran yang semakin liar dan rakus ni.. Nampaknya saya kena cuba syampu yang lain pula.. Akak mencadangkan jenama D.. Katanya elok untuk perawatan rambut.. Mungkin saya akan cuba yang itu dulu.. If it helps to lessen my hair fall problem, then will continue using it.. Tapi kalau masih sama juga, maknanya there's something goes wrong somewhere ni.. Kena dapatkan treatment secepat mungkin.. Tak boleh bertangguh lagi ya.. Nanti jadi alien kepala botak.. Huhuhuhu.. :(

Mungkin juga saya akan cuba cara tradisional.. Jalan-jalan di dunia maya ini tadi saya jumpa satu laman blog..

http://hendrastar.wordpress.com/2008/10/11/petua-mengelakkan-rambut-gugur/
 Boleh cuba juga ni.. Tapi petua ketiga tu definitely NO.. Siapa yang nak letak lemak ayam atas kepala.. Huhu.. Tak nak.. Nanti satu badan bau ayam pula.. Saya akan cuba petua nombor satu dan dua.. Nanti saya beritahu hasilnya macam mana ya.. Kalau berkesan, saya akan syorkan anda guna petua ini juga... Yosh!! Ganbatte..... ;)


:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti :: :e PariPariPelangi :e

December 17, 2010

Bila Hati Sendiri Sudah Mula Merapu, Otak Pun Ikut Senget Juga


:Rainbow

Warning!
Amaran keras dari pemilik blog. Ini entri senget namanya. :i Jika rasa-rasa tak mampu nak menangani tahap kesengetan saya, jangan teruskan pembacaan anda. Abaikan saja kerana ini mengenai hati saya yang sudah mula merapu yang bukan-bukan. Imaginasi yang sudah terlalu jauh menjalar-jalar sehingga ke seluruh saluran darah dan sendi tubuh. Memang sangat tak patut berkhayal sampai ke situ. Haish... Entah apa-apa entah. :~ ..

Mimpi siang namanya ni. Mimpi ketika mata terbuntang luas. Entah. Akhir-akhir ni otak saya memang agak senget. Merapu ikut hati dan perasaan. :et Seolah-olah hilang kebijakannya. Hoho. Kesian.. Kesian kat otak saya. Kenapa ya? Kenapa jadi macam ni? Gara-gara encik bestfriend ke? Ooops.. Oooops... Tak boleh story mory kat sini. Nanti banyak soal pula dari teman-teman. Bahaya!! Bahaya!! :fire

Cukuplah sekadar menulis meluahkan rasa. Paling tidak, dapat juga mengurangkan kesesakan di dada. Fuh! Memang sendat dan padat rasanya dalam hati ni. Tunggu meletus macam gunung berapi Krakatao. Meletus untuk menyatakan yang... err... :et ..biarlah rahsia. Jangan tanya apa-apa sebab dah pasti saya akan menjawab NO COMMENT saja. :mj Haha... Padan muka. Saya sudah berlagak selebriti ni. Maka, anda semua tak akan dapat jawapan apa-apa dari saya melainkan no comment saja ya. :P

Walaupun suhu kat Selangor ni biasanya antara 27 darjah celcius hingga 32 darjah celcius, tapi rasa-rasanya dalam hati saya ni dah cecah 70 darjah celcius ni. Cukup je 100 darjah celcius, mendidihlah gamaknya. Marah? Eh, taklah. Itu bukan suhu kemarahan saya. Itu suhu... err.. :brow ..Hahaha... Senget betul kepala otak saya ni. Haish.. Haish.. Jangan dilayan. Kan saya dah kata jangan baca. Buat sakit hati je. Hahaa. :D 

Sudah! Sudah! Cukuplah. Jika disambung penulisan ni, banyak pula yang saya merapu nanti. xo ..Senget.. Memang senget. Hehehe.. xP 


:Rainbow
~dari kotak fikir~