May 7, 2014

Rindu Mengetik Papan Kekunci Berjam-jam

Oh..

Sungguh lah. Rindu. Rindu mengetik papan kekunci berjam-jam saban pagi hingga ke waktu subuh. Mengarang puisi dan cerita ikut unjuran naluri. Memang sudah lama otak tidak di asah mengarang. Lihat saja blog berhabuk ini sebagai bukti. Mencoret barang sebaris dua ayat pun tidak, apa lagi mengarang dua tiga muka. Sudah kurang produktif sisi kreatif penulisan. Novel yang diusahakan juga sudah lama tidak berusik. Entah apa khabarnya di dalam cakera keras lama itu. Kasihan.

Kasihan.

Jari jemari gatal mahu menulis lagi. Otak ligat menggambarkan pelbagai plot cerita. Jika digabungkan, mungkin boleh jadi cerita terhebat di abad ini. Mungkin.

Mungkin.

Mungkin juga akan terus kekal di dalam otak yang kian menerjah untuk di pamerkan idea-ideanya. Tapi hanya tertelan tersekat di rengkung. Mungkin. Ada 1001 kemungkinan yang mana setiap satunya hanya kekal 'mungkin' selagi mana tidak bertindak. Hailaa...

Mode : statik!!

May 6, 2012

Pesta Hati :: Pesta Buku


Bismillahirrahmanirrahim...

 _Mula.

Err. Patut dah lama dah mula.Terakhir menulis pada September 2011. Oh, memang sudah lama. Tak dinafikan. Lama sungguh. Jika blog ini serupa diari-diari lama yang disimpan dalam kotak, memang sudah tebal habuknya. Hailaa..

Beberapa tempoh kebelakangan ini jari memang malas nak mengetik papan kekunci. Berat dah gaya pikul batu bertan-tan atas jari ni. Malas. Nak fikir apatah lagi. Semuanya main tolak tepi. Konon boleh hilang serabut. Tak sedar yang ditolak ke tepi tu makin hari makin serabut rupanya. Kasihan..

Sekarang, semangat yang tertolak jauh dah datang bergolek-golek. Minta dipenuhi semua hasrat hati. Minta diluruskan yang kusut masai. Kadang-kadang terlebih happy macam dah tak cukup hari nak bergembira. Menghitung setiap saat macamlah jarum detik tu akan berhenti. Oh, entahlah.. Emosi memang begini rupanya. Ikut sesuka hati dia mahu bagaimana.

Eh, sudahlah.
Itu cerita sudah.

Ini cerita hari ini.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.. Memang melonjak-lonjak hati bila sebut tentang pesta buku. Lain macam perasaan yang singgah. Dah gaya orang bercinta nak berjumpa kekasih hati buat kali pertama. Memanglah PBAKL selalu saja memberi aura keceriaan berganda (dan double upset bila tak dapat nak jengah.. Huh!).

Dua hari jengah PBAKL tahun ni, setiap kali tu juga lah membeli belah. Tambah yang main pesan kat orang lagi. Baru merancang nak shopping rak buku untuk susun atur semula buku-buku sedia ada. Sudah di tambah lagi naskah-naskah baru dari PBAKL. Rambang mata. Memang bernafsu setiap kali ke sana.

Kali ini saya melengkapkan koleksi novel karya Khairyn Othman terbitan Jemari Seni dan koleksi kisah Sunan dari RAM terbitan Alaf 21. Biografi Agung Rasullullah terbitan Mustread dan Srikandi-Srikandi Yang Benar terbitan PTS juga menjadi pilihan. Buku-buku lain juga turut di sambar seperti Imam-imam Yang Benar, Aku Bukan Malaikat, Dia Bukan Nabi, Syamail Muhammadiya, Tafsir Ayat Ahkam, Quartet etc. Ah, memang gila di Pesta Buku. Jika sebahagian kita gila dapat shopping Gucci, Prada, Hermes, Salvatore Ferragamo dan macam-macam lagi jenama 'orang putih', saya gila dapat shopping buku. Ya, b.u.k.u, buku. Ah, boleh saja jika kamu suka mahu panggil saya ulat buku. Saya peduli apa. :p

Sudahlah. Saya mahu mula membaca. Menghabiskan koleksi yang diborong di PBAKL tahun ini. Belum tahu bila habisnya..

notakaki :: Lebih seronok lagi bila dapat tahu buku masakan saya, 'Hidangan Sesuci Lebaran bersama Chef Sara' terbitan PTS Milenia turut terjual di PBAKL. (Sungguh! Ingat sudah tidak laku. Masih ada rezeki saya rupanya). 

_Noktah.




:: dari kotak fikir infiniti ::

Si Pari-Pari Pelangi

September 22, 2011

Caffox + Alatrol

_Mula.
Caffox.
Alatrol.

Dah gaya macam makan gula-gula je saya telan benda ni hampir setiap hari. Hampir. Bukan setiap hari. Situasi tidak kronik untuk memaksa saya menelannya hari-hari. Maka telan bila dirasakan perlu sahaja. Itu kata doktor. Saya ikut saja. Tak ikut nanti dikatanya keras kepala.

Ini semua gara-gara King Migrain dan Encik Eczema. Si migrain itu King kerana sering sahaja bermaharajalela dalam kepala. Sekali bersarang, berhari-hari baru hilang. Kejam. Mahu sahaja diburu, ditangkap dan direjam sampai mati. Setakat ini Caffox itulah yang setia memburu dan merejam King Migrain yang menyerang urat-urat kepala. Tapi kadang-kadang, Caffox itu pun kalah juga. Maka waktu itu, tidur secara paksa menjadi ubatnya. Jangan tanya bagaimana rupa saya ketika memaksa diri untuk tidur ketika itu. Memang pasti berwajah bengis, kejam dan hodoh juga. Melawan King Migrain yang kejam memang begitulah. Haish.

Si Eczema itu Encik kerana suka mengusik kulit halus mulus saya ini. Sudah jadi kering kontang, nipis dan luka. Ish, geram. Mungkin Encik Eczema ini dengki agaknya. Cemburu bila kulit saya cantik. Maka diserang permukaan kulit dan sendi-sendi saya ni. Dah rupa kulit nenek-nenek. Sedih. Terpaksa pula mengalah tak boleh makan itu, tak boleh makan ini. Tak boleh guna sabun itu, tak boleh guna sabun ini. Tak boleh berpeluh, tak boleh berjemur bawah matahari. Cis! Buat saya nampak macam minah gedik bila buat kerja di dapur pun kena bersarung tangan. Bila berpeluh sikit pun dah mula nak merungut sebab rimas. Bila berjemur lama sikit bawah matahari dah rasa macam dibakar dalam oven. Oh!! Sedih.Mujur ada Alatrol yang membantu serba sedikit. Boleh lah nak halau Encik Eczema tu untuk sehari dua. Hmm..

Layankan saja...

_Noktah.

:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

August 9, 2011

"Like" atau "Follow" - Itu Hak Peribadi

:Rainbow

_Mula.

Oh.. Memanglah saya alergi dengan isu paksaan macam ni. Paksaan yang nampak benar desperatenya. Kamu semua mesti tahu wujudnya butang "Like", "Follow" dan macam-macam yang sewaktu dengannya di Facebook, Twitter, Youtube, Blog and etc kan? Ini yang nak diperkatakan ni. Paksaan untuk meng"Like" atau meng"Follow" siapa-siapa atau apa-apa yang dihajatkan. Alahai.. Tak payah kot nak paksa orang. Bukan ke semua butang tu diwujudkan untuk kita bebas mengatakan kita setuju, suka atau tidak pada sesuatu perkara?

"Eh, I dah follow you.. You follow lah i balik tau."
"Hi, kawan-kawan. I masuk contest ni. Tolong Like picture i tau."
"Follow blog saya dan tinggalkan link anda. Saya akan follow anda semula."
"Like page aku. Kalau tak, kau bukan kawan aku lagi!!"

Huh!! Apa ni?

Anda sedesperate itu kah untuk mendapatkan perhatian? Butang "Like" atau "Follow" tu bukan diwujudkan untuk menunjuk-nunjuk siapa lebih glamour dari siapa. Angka fan atau follower awak tu tak membawa apa-apa makna sekiranya fake semata-mata. Wujud atas dasar paksaan. Ceh!!

Saya? Tak kisah pun. If suka, "Like" dan "Follow" lah. If tak, suka hati. Itu hak peribadi masing-masing. Lain orang lain pandangan. Saya "Like" dan "Follow" apa yang membawa manfaat pada saya. Itu saja. Seharusnya kamu pun sama. Kenapa nak "Like" benda yang kita tak suka atau sebenarnya tak tahu pun itu apa? Ish.. Ish.. Ish..

Apapun, enjoy saja. Be yourself.. It wasn't hard at all... Chill.. :) :L

_Noktah. Eh, rasa nak letak koma. Macam ada kesinambungan aje nanti. Ngee~

:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e