Showing posts with label Pena Menulis. Show all posts
Showing posts with label Pena Menulis. Show all posts

June 14, 2011

Ini Yang Aku Perlu

:Rainbow

_Mula.

Dan aku diam..
Senyap-senyap berteleku di hujung sudut..
Diam..

Dan aku berfikir..
Dalam-dalam mencari erti aku menanti..
Berfikir..

Dan aku tekad..
Sungguh-sungguh aku tekad tak mahu menunggu..
Tekad..

Jadilah apa pun yang mahu terjadi..
Aku punya misi lebih penting lagi..
Berlari dengan kelajuan infiniti..
Ke sana dengan hidup yang lebih bererti..
Ini antara aku dan Ilahi..
Kau mengengsotlah ke tepi..
Jauh-jauh ke tepi..
Aku tak perlu mereka yang tidak tahu erti apresiasi..
Hidup bukan ikut telunjuk sendiri..
Hidup ikut aturan Ilahi..
Aku sudah mengerti..

Dan aku senyum..
Lebar-lebar aku senyum dengan ketenangan hakiki..
Senyum..

_Noktah.

:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

March 29, 2011

Mereka dan Kesatria Muda Kita

Di tepi tembok itu,
Seorang kanak-kanak duduk bercangkung
Merenung semut api menjunjung cebisan roti..
Diteliti satu persatu jalannya ke lubang-lubang pintu sarang..
Pada kakinya merah darah masih mengalir
dari rekahan luka kulit yang tersiat..

Di hujung jalan itu,
Seorang lelaki tua terbaring
Merenung langit yang semakin gelap dan hilang
Dihitung satu persatu rintik hujan yang turun dan kian deras..
Pada dadanya merah darah masih mengalir
dari luka dalam peluru yang masih tertanam..

Di tengah kota itu,
Seorang ibu berdiri tegak
Merenung tanah kebasahan kerana titis darah si anak
Di kuis satu persatu butirannya mencari
abu-abu suci yang masih tertinggal..
Pada tangannya merah darah masih mengalir
dari bekas ceraian jari jemari yang terpisah..

Di sini,
Seorang anak muda duduk sendiri
merenung akhbar muka depan berita antarabangsa..
Ditilik satu persatu siratannya menangisi kesengsaraan..
Pada hatinya merah darah masih mengalir
dari semangat membara perjuangan saudara seagama..
Lantas ia berlari mencapai senjata..
Bersedia untuk ke sana bersama pasukannya.
Membela nasib mereka..


-buat Leftenan Muliadi bin Mohd Nor TLDM, Leftenan Muhamadiah bin Mohd Nor RAMD dan semua perajurit ATM di seluruh Malaysia, andalah perwira kami yang disanjungi. Terima kasih atas pengorbanan, perjuangan dan dedikasi anda kepada negara.


:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

January 3, 2011

Jiwang lagi?? Ish.. Mengada-ngada minah ni..

:Rainbow

___Rindu.

Ya. Agak gedik bunyinya. Tapi itu kenyataan. Memang rindukan satu makhluk Allah ni. Tak tahu macam mana nak cakap. Mungkin sebab sebelum ini tak pernah rasa rindu yang macam ni. Pelik juga rasanya. Hmm.. :d Macam makan nasi berlaukkan aiskrim. Wahaha. Boleh ke macam tu? Ngeee~ :$

Dalam hati ada rasa
Yang tidak pasti apa namanya
Hanya mahu menyebut nama dia
Hanya mahu terbayang wajahnya
Ini apa ya?

Tahun 2011 ini memang pelik bin aneh saja saya ni. Tahap kesengetan sudah bertambah-tambah. Dari 45 darjah ke 60 darjah. Mungkin kejap lagi akan bertambah lagi. Mungkin juga akan senget 360 darjah tambah 180 darjah. Dua kali senget namanya tu. Ah, sudah!! Itu parah namanya.

Tolong!! Tolong lah hati. Jangan senget-senget lagi ya. Relaks saja.
Rindu siapa? Oh, jawapan saya masih sama. NO COMMENT. Hehehe.. :P
Eh, sudah. Jangan dilayan kepala ni.

Maaf, ya. Saya memang begini. Peace.. ;)

:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

December 24, 2010

Aku Mahu Kamu Kerana Kamu Adalah Kamu :: Sempurna Seadanya..

:Rainbow

_Entri jiwang.

Ya. Kadang-kadang saya sedikit jiwang. Melayan perasaan yang tiba-tiba diketuk bunga-bunga. Mengalahkan orang yang galak bercinta. Jika diukur tahap kejiwangan saya, sudah boleh dibentang sepanjang lebuhraya Utara-Selatan gamaknya. Mujur juga tidak selalu begini. Senget yang datang bertandang sekali sekala. Sedikit menyampah! Oh, tak! Bukan sedikit saja. Menyampah banyak. Melihat diri sendiri yang mula berjiwa-jiwa macam apa. Oh, entahlah.

Layankan saja..~

Aku tidak mahu kamu jadi matahari,
hanya menemani siangku yang ramai,
dan hilang bila senja datang.
Aku tidak mahu kamu jadi bulan, 
hanya menemani malamku yang sunyi,
dan pergi bila menjelang pagi.
Aku tidak mahu kamu jadi hujan,
hanya menemani tengkujuhku yang sayu,
dan beredar bila mentari menjelma.
Aku tidak mahu kamu jadi pelangi,
hanya menemani ceriaku yang singkat,
dan ghaib bila datang hiba.
Aku hanya mahu kamu kekal menjadi kamu,
dirimu yang aku kenali seadanya.
Itu sudah cukup menenangkan jiwa,
kerana kamu selalu ada,
sebagai perindu dan pecinta,
bila-bila masa.
Aku mahu kamu kerana kamu adalah kamu,
sempurna seadanya..

Haa~

Jiwang. Penuh bunga-bunga. Haish. Pari-pari ini tersenyum senget seadanya. Menepuk dahi sendiri. Aduhai lah. Hati sudah diketuk-ketuk jiwang yang panjang. Musim mengawan 2010 juga sudah hampir tamat. Tapi pari-pari ini masih diam sendiri. Jangankan nasi minyak sebutir, bau-bau bacangnya juga tidak ada. Oh, lambat lagi ya.

Kepada yang asyik bertanya. Jawapan saya masih sama. Ikut standard piawaian selebriti. NO COMMENT saja. Haha.

Jangan kecil hati.
Saya memang begini.
Senget 45 darjah ke mana-mana arah yang saya suka. Peace!!

Adios__


:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

December 3, 2010

Aku Lebih Kenal Siapa Dia



:Rainbow

tak sama
tak serupa macam apa yang kamu sangka
tak sama macam apa yang orang jangka
lain dari apa yang mereka kata
kerana mereka tidak tahu
mereka tidak kenal
mereka tidak memahaminya
seperti aku
seperti aku kenal dia
seperti aku memahaminya
seperti aku mendekatinya

mereka
hanya berbicara
berlandaskan apa yang terlihat oleh mata
lahiriah yang terpandang secara kasarnya
tanpa isi yang nyata
itu mereka
seenaknya berkata-kata
sehingga ramai yang hampir percaya
tetapi aku tidak terpedaya
aku lebih kenal siapa dia...

:Rainbow

~dari kotak fikir~

November 6, 2010

Kamu Seperti Yang Aku Coretkan

[Gambar : Langit malam penuh bintang, tenang...]


seperti langit cerah
tanpa kepulan awanan
berlatar biru tidak tercela
walau oleh setitis hujan
atau salju putih yang bertaburan..

ibarat lautan luas
tanpa ada pencemaran
luas membiru tanpa kecacatan
menjadi medan ribuan pelayaran
menuju destinasi berbeza di bumi Tuhan..

umpama malam tenang
tanpa bingit kekecohan
berlatar langit penuh bintang
mengukir senyum panjang si perawan
melayani jiwa yang dijengah sayang..

kamu..
itu kamu..
serupa..
seumpama itu..
yang memberi aku tenang
yang menawarkan aku riang
kamu..
kekal di sini, di dalam hati
dibajai cinta subur..
membawa aku pada cintaNya...

~dari kotak fikir~

October 11, 2010

kau dan angkuhmu

dan bila aku diam
dia menari-nari di hadapan mata
gembira seolah-olah aku tiada
walhal aku masih di sini, memerhati
hanya bibir sahaja yang mengunci diri...

dan bila aku membisu
dia melonjak-lonjak di hadapan mata
meraikan kewujudan aku yang tiada
sedangkan aku  masih di sini, memerhati
hanya bibir sahaja yang mengunci diri...

dan bila aku menyepi
dia bergelak ketawa di hadapan mata
menunjukkan betapa sukanya dia aku tiada
sedangkan aku masih di sini, memerhati
hanya bibir sahaja yang mengunci diri...

namun apabila aku keluar dari persembunyian
bangkit dan bersuara
melontarkan segala kebenaran
maka dia pula yang terdiam
terduduk kegigilan
memencil diri dari pesta kegembiraan
ketakutan kerana dia tahu
dia sudah tahu
apabila musuhnya yang ini bersuara
satu persatu pekungnya akan terbuka
kebenaran akan di sebarkan
dan segala penipuan akan terbongkar...

angkuhnya kamu ketika aku diam
membuat aku senyum dalam hati
kerana angkuhmu itu yang akan menjatuhkanmu jauh
jauh.....

~pariparipelangi~
FairySanctuary

August 26, 2010

syukur, Ya Allah

dan aku masih diberi ruang
di lorong kecil antara bangunan rapuh
yang bakal runtuh
namun tetap jua aku merasa
ini ruang hidupku yang terindah
ini kamar tidurku yang paling selesa
ini lapangan mainku yang mengujakan...

biar secebis roti menjadi alas sepanjang hari
itu sudah cukup..
lebih enak rasanya dari sekawah nasi
bila disuap dengan penuh syukur...

aku tahu..
aku sedar...
realiti hidup tidak pernah seperti mimpi
maka, apapun keadaannya..
anggap saja..
itulah yang maha indah..
dengan itu, syukurmu akan melangit
dan Tuhan menyayangi hambaNya yang tahu berterima kasih...

terima kasih, Tuhan..
terima kasih, Ya Allah...
terima kasih, Ya Rahman..
terima kasih, Ya Rahim...
hanya padaMu aku ini berlindung...

~pariparipelangi~
FairySanctuary
Aug 26, 2010

August 18, 2010

ya.. serupa...

seperti ombak perlahan
datang bertatih-tatih menyapa pasir
putih berbuih-buih
hilang lenyap seketika nanti
kembali ke lautan...

seperti bintang samar-samar
berkelip-kelip di angkasa jauh
menyapa malam
beransur pergi senyap-senyap
ruang terbitnya mentari...

seperti mimpi indah dan buruk
merasuk minda tidur mati
mewarnai igau si puteri
menyapa lena
pergi tika bangkit...

engkau pun begitu...
sama...
serupa...

~pariparipelangi~
FairySanctuary
Aug 18, 2010
0542am

August 16, 2010

wahai Bulan, Bintang dan Bayu

Wahai BULAN yang jauh di langit malam. Adakah kau nampak aku sedang melambai padamu? Bertanyakan khabar tentang cahaya dan keindahanmu. Gembira dan suka dengan kehadiranmu. Tapi mengapa hanya sekejap kau singgah menjenguk hati-hati yang menanti seperti aku. Pasti esok aku akan amat merindui kamu.

Wahai BINTANG yang berserakan dengan kilauan sinar. Adakah kau nampak aku sedang mengira butiranmu? Bertanyakan pada hati adakah dapat aku mengutipmu jadikan perhiasan dikamarku setiap malam.Membuat aku tenang dan merasa bahagia. Tapi mengapa kau selalu berselindung di sebalik awan membuat kecewa hati-hati yang resah seperti aku? Pasti esok aku akan merindui kamu.

Wahai BAYU yang berhembus lembut membawa dingin malam. Adakah kau merasai tanganku menyentuh dan memelukmu? Bertanyakan rindu yang kau bawa bersama merasuk ke kalbu. Membawa khabar gembira dan membahagiakan aku. Tapi mengapa kau hanya berlalu dan pergi, tidak singgah lebih lama. Mendinginkan hati-hati yang kekalutan seperti aku? Pasti esok aku akan amat merindui kamu.

~pariparipelangi~
FairySanctuary
Aug 16, 2010

August 1, 2010

. . . no tittle . . .

i don't want to be here anymore
like i never belong to this place
so, i left and driving miles away
to a place i haven't decide yet...

but darling, you keep chasing me
with all the memories and sweet dreams
asking me to come back, asking me to stay
'cause i'm the sunshine and the moonlight...

but sorry, dear
i can't give you that space
a little piece of my heart
only to make you happier
while i'm crying inside...

so, farewell my baby
it's time to move to another city
where i can sit back and relax
and fill my empty glass with remedy...

~pariparipelangi~
FairySanctuary

July 20, 2010

oh... still wondering...

Oh, Look what you have done to me
It is kind of freakish prodigy
I'm lost and blinded in bright places
Can't even tell if i am already out of spaces

I saw thousands of stars every time i blinked
And a tiny cute little fairy in pink
This feeling really drag me into something
Which i couldn't describe the meaning..

Oh, Dear...
Come and explain to me
I wanna hear you saying
Does we share the same feeling?
Or it is just me who is dreaming?
And you are plain nothing?

Oh, Dear...
Please stop make me wondering
Even though i kinda like it
But this feeling is trying to kill me
And i'm not that tough to handle it...

~pariparipelangi~
FairySanctuary

July 12, 2010

galau...

kegalauan hati ini meraja
duduk tak senang
berdiri tak diam
ada semacam listrik menembusi dada
sakit rasanya tetapi tenang alirannya
entah gerangan apa...

keliru dan ragu
bersilih datang menganggu
mengetuk rasa yang entah apa-apa
tak dapat ditafsir dengan kata dan bicara
tersekat di rengkung
menunggu penjelasan hati yang berselindung..

hati..
berbicaralah segera
luahkan segala kegalauan
tidak mahu lagi menahan seksa
melayani entah perasaan apa..

~pariparipelangi~
FairySanctuary

July 7, 2010

it's after midnight

it's after midnight, my darling..
i'm staying up for the World Cup and Floor Fever dancing
and you are here, keep accompanying
made me laugh and never stop smiling..

it's after midnight, my honey..
and i know you have yawn already
it's okay to close your eyes and start dreaming beautifully
i'll be here watching you sleep tightly..

it's after midnight, my dearest..
dream about me, dream about us
take my hand and we'll keep holding it like this
taking this love far to its' greatest.. ;)

~pariparipelangi~
FairySanctuary

July 6, 2010

it's a Lovely Tuesday..

it's a lovely Tuesday..
with sun rise lovelier than yesterday..
and shining more than Sunday..

Today is a great day..
with Mr. Melo put a smile in a funny way..
and made me laugh from Monday to Friday..

Tuesday is a surprisingly day..
with Mr. Specky saying hello-hello today..
and made me fly up, up and away..

Thanks to Mr. Tuesday.. :L

~pariparipelangi~
FairySanctuary

July 1, 2010

mencari pelangi

maka aku berlari
mencari pelangi
di situ aku berdiri
di kaki langit
bersendiri...

tak jua ku temui
tak jua terlihatkan
oh sang pelangi
yang aku mahukan...

maka aku menanti
tetap di sini
mengutip janji
dari pelangi
pasti datang...

~pariparipelangi~
FairySanctuary

June 25, 2010

entah~

Saat iman dan taqwa rapuh terjatuh
Ke tangga paling bawah
Saat itu aku jadi pelupa
Lupa pada perjanjian termaktub saat lahir
Lupa pada agama teranut saat nafas pertama
Lupa pada siapa Penguasa Alam Maya

Bahkan jadi rakus memuas segala macam nafsu
Jadi buas menurut kemahuan tuntutan dunia
Jadi pengikut dan sahabat si Iblis durjana
Aku jadi si hebat di mata teman-teman
Jadi yang teragung di mata masyarakat
Aku jadi bangga, jadi angkuh

Terlupa tikar sejadah dan rumah Tuhan
Terlupa Al-Quran Sunnah dan Hadith Riwayat
Terlupa membasahkan bibir dengan syahadah
Terlupa membasuh dosa dengan taubat
Aku menjadi raja segala raja

Sehingga satu saat aku tersungkur
Habis menangis tidak bersisa apa-apa
Dalam jiwa kotor ini aku bertadah tangan
Memohon juga pada Ya Rahman
Lalu saat itu aku tersuluh oleh cahaya
Maha putih dan maha terang
Hampir sahaja membutakan pandangan

Usai itu dalam terang terhulur sepasang tangan
Ibarat pelangi yang muncul selepas hujan
Memberi harapan dalam pimpinan
Maha suci Ya Khalik Ya Rahman
KepadaMu jua sesungguhnya aku dipedomankan..

~pariparipelangi~
FairySanctuary

June 19, 2010

kekhilafan diri

bila amarah di hati beraja
lidah berkata tanpa menghitung apa-apa
entah baik entah buruk dihamburkan saja
melepas sakit dan dendam
melepas kecewa dan geram
ini lah kita yang bergelar manusia
sering terlupa mengajar hati untuk bersabar
sering terlambat mengucap istighfar

tiada bezanya dengan aku
kekadang terlupa lidah ini sedang menyakiti
orang yang paling disayangi
malah yang terlalu dicintai
selalu alpa bila amarah menerpa
terhasut bisikan yang terlaknat
hingga bila aku sedar ia sudah terlambat

Ya Allah Ya Rabbul Izzati..
Hanya padaMu hati ini mohon dilindungi
kerana hanya Kamu yang mengerti
tahu apa yang tertonton dalam hati
sesungguhnya bukan ini sebenarnya yang aku cari
bukan ini..

buat hati-hati yang pernah disakiti
lidah yang sama juga memohon ampun
seikhlas hati dalam tangisan yang menyesali
keterlanjuran kata-kata yang tidak disedari
sesungguhnya aku hanya seorang insani
tidak lari dari kekhilafan diri

~pariparipelangi~
FairySanctuary

June 16, 2010

bila SangPelangi pergi

bila SangPelangi yang aku puja sudah pergi
terasa kosong di hati
terasa ingin berteman sepi dan mati

bila SangPelangi yang aku sayang sudah pergi
terasa dalam luka di hati
terasa ingin berdarah, kering dan mati

bila SangPelangi yang aku cinta sudah pergi
terasa terdera keras di hati
terasa ingin cepat masa berlalu dan mati

namun bila aku terkenang Ilahi Ya Rabbi
aku tersenyum kembali
pada Dia aku bersujud
syukur masih punya rasa cinta pada Rabbul Izzati

maka, ku biarkan saja SangPelangi berlalu
mencari bahagianya sendiri
dan aku akan tetap di sini, tidak berganjak pergi
untuk SangPelangi
manalah tahu jika dia mahu kembali
dan waktu itu aku akan berdiri di sini
menyambut kepulangannya ke sisi...

~pariparipelangi~
FairySanctuary