July 1, 2010

baca.. bacalah...

Sudah hampir kesemua buku-buku di dalam rak buku ini saya baca.. masih ada beberapa lagi yang sedang menunggu giliran untuk ditelaah.. tunggu!! satu persatu ya.. dan masih mahu menambah koleksi lagi.. yang ada belum cukup rasanya.. belum puas membaca.. sampai bila-bila pun mahu membaca juga.. tidak kira bahan bacaan jenis apa.. . novel, buku motivasi, ensiklopedia, biografi, bahasa inggeris, bahasa melayu etc.. jika boleh, buku bahasa cina dan tamil juga saya mahu baca.. haha... janji menarik untuk di telaah isi kandungannya... :)

Sekarang saya sedang melayan buku 'Death At Dawn : Murder most foul needs a heroine most fair.' karya Caro Peacock.. kisah gadis bernama Liberty Lane pada musim panas tahun 1837.. Zaman Victorian!!

Apa yang best? Buku ni mengisahkan ketabahan, susah senang, jerih payah Liberty Lane mengharungi hidupnya bersendirian.. Tiada sesiapa yang menemani.. travels across countries dalam usaha mencari pembunuh si ayah..

Dalam tempoh pengembaraan dan pencarian itu, pelbagai perkara yang Liberty lalui dan pelajari. . Saya mahu memiliki ketabahan seperti Liberty Lane ini.. berani mengambil langkah mencorak kehidupan dan masa depannya sendiri.. berani mencari dan menegakkan kebenaran.. semoga saya mampu setabah itu... Caro Peacock menulis dengan baik, sehingga saya rasa terbawa ke zaman yang diceritakan.. terasa seperti saya lah si Liberty Lane.. hehehe.. ;)

Apa pun bacaan yang anda suka, teruskan.. bacalah.. setiap bacaan anda pasti ada yang memberi ilmu baru.. belajarlah... belajarlah dari apa yang anda baca selagi ia ilmu yang bermanfaat.. ilmu yang baik.. bukan ilmu salah, ya.. ;)

~pariparipelangi~
FairySanctuary

No comments:

Post a Comment