World Cup 2010 sudah tamat dengan Spain sebagai juara.. namun demam bola masih belum berakhir.. Liga Super masih sedang berlangsung.. Ogos ini EPL pula menyusul.. Euro 2012 akan tiba dua tahun lagi.. di antara itu masih ada pertembungan2 untuk merangkul kejuaraan liga tertentu.. sepanjang tahun, tak akan berhenti.. dan bagi peminat sukan bola sepak seperti saya, hari-hari yang berlalu tak akan sudah dengan cerita bola.. akhbar dibaca dari belakang, bukan dari depan.. haha.. entahlah..
demam bola menyaksikan pelbagai kerenah peminatnya.. ada yang suka tengok bola kerana suka melihat aksi dan skill permainan.. ada yang mentelaah corak permainan pasukan kegemaran.. ada yang semata-mata mahu melihat pemain kacak kesayangan mereka beraksi.. ada yang sekadar suka mahu bersorak apabila bola menerjah gawang gol.. hoho.. memang macam2..
bagi saya, bola sepak adalah permainan berpasukan yang sangat menarik.. dari corak permainan setiap pasukan kita dapat hidu semangat kepasukanan mereka.. penyokong-penyokong pula boleh duduk sebaris, bersorak untuk pasukan yang sama biarpun mereka berbeza latar belakang, warna kulit, bahasa dan asal usulnya.. mesra.. meriah..
Setiap kali menonton perlawanan bola sepak, aksi pemain yang mempamerkan skill dan ketangkasan mereka menarik perhatian saya.. aksi-aksi jatuhan, tackle, tandukan, gelecekan, serangan dan pertahanan sangat mengujakan.. aksi si penjaga gol menyelamatkan keadaan, sorakan kemenangan dan tangisan kekalahan itu yang saya nantikan.. tidak kira siapa yang berada di kesebelasan utama.. saya menyokong seluruh pasukan.. kerana dalam bola sepak, kesemua sebelas pemain adalah tonggak kemenangan.. semuanya berjasa atas setiap kemenangan dan apabila kalah, semua juga sama-sama menanggungnya.. itu yang kita cari.. teamwork!! semangat pasukan yang tinggi..
haish.. kalaulah semangat ini boleh disuntik dalam kerja seharian di pejabat, dalam keakraban kekeluargaan dan dalam erat persahabatan, pasti hidup kita lebih bahagia, kan? mudah-mudahan, InsyaAllah..
tutup kisah World Cup 2010.. bertemu lagi 4 tahun akan datang.. :)
~pariparipelangi~
FairySanctuary
No comments:
Post a Comment