mak cakap, apa pun yang berlaku dalam hidup kita adalah dugaan.. Allah uji kita sebab Allah sayangkan kita.. ujian yang tak putus bukan untuk melemahkan dan menghancurkan hidup kita.. tapi untuk kita belajar membina kekuatan dari dalam diri..
serupa macam saya.. takkan lari dari diuji.. yang biasa, yang besar, yang hebat, yang maha hebat.. kadangkala saya sendiri merasa letih diuji sedemikian rupa.. tapi Alhamdulillah saya cepat sedar semula.. eh, ini kan ujian? tak baik mengeluh.. hadapi lah juga.. sabar dan tabah lah juga, ya..
dear Si Bianglala atau SangPelangi.. terima kasih kerana mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan yang maha tinggi.. semoga Tuhan terus memberi kekuatan.. memang letih.. memang penat.. tapi saya tidak mahu itu merencatkan ketabahan dan kekuatan saya.. memang kadangkala saya rasa ingin mementingkan diri sendiri sahaja.. tidak mahu lagi memikirkan orang lain.. hmm.. tapi tak boleh.. tak boleh macam tu... kena terus sabar dan bertabah hati.... :)
~pariparipelangi~
FairySanctuary
August 14, 2010
No comments:
Post a Comment