August 1, 2010

Selamat Hari Persahabatan

1 Ogos datang lagi... Setiap tahun pada tarikh ini semua orang akan mengucapkan salam sahabat kepada semua kenalan mereka... Seperti juga hari ibu, hari bapa atau hari guru, hari persahabatan wujud bagi menghargai sahabat-sahabat di seluruh dunia.. Bagi saya, setiap hari sepanjang tahun adalah hari persahabatan.. :) Kerana mereka berdiri di samping kita dan duduk di sisi kita tidak kira apa jua keadaan yang menimpa.. Sahabat sejati tidak mengeluh mendengar permasalahan kita.. Tidak jemu melayan kerenah kita.. Tidak lelah membahagiakan kita.. Tidak ralat mencintai kita..

Cinta saya kepada sahabat-sahabat saya sama seperti cinta saya kepada keluarga.. Mereka penting dalam hidup saya.. Sama-sama melakar warna di atas kanvas putih kehidupan saya.. Saya cintakan mereka.. :) dan akan terus mencintai sahabat-sahabat saya tidak kira walau di mana mereka berada.. Semoga persahabatan yang terjalin akan kekal sehingga ke akhirat.. Kerana sungguh saya tidak mahu kehilangan mereka.. Biar hilang cinta si kekasih hati, tetapi jangan mati kasih sayang dalam persahabatan..

Kepada semua sahabat kesayanganku,

SELAMAT HARI PERSAHABATAN
SAYANG KAMU SELAMANYA :L

~pariparipelangi~
FairySanctuary

No comments:

Post a Comment