September 3, 2010

hamburan emosi? ohh... bukan... ;)

ohh.. sudah lama tidak menghambur emosi, kan? ;)

eh.. eh.. memang berazam mahu meminimakan hamburan emosi dalam blog ini.. mahu maksimakan perkongsian ilmu.. mahu berkongsi apa yang saya pelajari dari pembacaan, pemerhatian, pengalaman dan nasihat2 orang yang lebih  berpengalaman...

beberapa hari ini saya membuat lawatan dari satu laman web ke satu laman web yang lain.. dari satu agen carian ke satu agen carian... dari buku ke buku... dari naskah ke naskah... mencari fakta dan penerangan bagi setiap soalan yang bercempera dalam minda.. okay... tidak mahu menggunakan perkataan bercempera.. macam banyak sangat kekusutan yang timbul... saya lebih suka perkataan 'curious'... ya.. curiousity  yang menggalakkan saya menjadi aktif mencari ilmu... tapi, kan... memang betul kata orang... lebih banyak yang kita belajar, lebih banyak yang kita tidak tahu...

setiap fakta yang saya temui, pasti ada fakta berkaitan yang lain pula yang saya mahu cari... macam kita keluar shopping.. mula2 niat nak beli baju.. bila dah beli, nak pula seluar yang sepadan.. lepas tu terfikir pula nak cari tudung yang bersesuaian... kasut pun rasanya tak ada yang kena, jadi kena beli yang lain juga... begitulah... bila belajar satu ilmu, mula tertanya hal yang berkaitan... cepat jari mengetik papan kekunci.. mencari jawapan... bila dah dapat, ada lagi soalan yang timbul mengenai fakta yang itu pula... ohh... memang tak habis-habis....

tapi tak mengapa... Rasulullah juga pernah berpesan dalam sabdanya,

tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad

selagi hidup ni, cari lah ilmu sebanyaknya... itulah harta paling berharga di dunia ni.. dengan ilmu, kita boleh dapatkan apa sahaja.. tetapi biarlah kena dengan ilmunya... ilmu yang baik dan bermanfaat.. bukan ilmu yang salah dan menyesatkan, ya...

p/s :: tadi saya bawa ibu  ke kedai bunga.. ternampak anak muda remaja pimpin tangan ibunya sambil berbual dan ketawa. shopping raya agaknya... ohh... sejuk hati saya sehingga tersenyum sendiri dalam kereta... bukan apa, sekarang ni memang jarang benar dapat tengok anak2 remaja ni keluar berjalan2 dengan ibu bapa mereka... tak rock katanya.... haish....

~pariparipelangi~
FairySanctuary

No comments:

Post a Comment