October 27, 2010

Entri hari lahir? Baru tersedar atau baru buat-buat tersedar?

:Rainbow 
Ouch!!
Eh, kenapa? Sakit?
Tak. Bukan sakit. Terlatah kena cubit. Macam baru disedarkan dari mimpi. Macam baru nak merangkak masuk dunia realiti. Eh, selama ni hidup dalam dunia fantasi ke? Tak. Selama ni hidup dalam realiti juga. Tapi masih banyak mimpinya. Mimpi yang usia ni masih anak-anak lagi. Walhal usia sudah melepasi usia suku abad sebenarnya. Kata mak, usia yang dah patut-patut timang anak sendiri, bukan timang anak sedara lagi. Adoi. Pedih memanah. Agak ngeri bunyinya bila buka topik soal itu. Nantilah kita kupas lebih lanjut. Bukan sekarang ya. Nanti.

Ini cerita 20 Oktober 2010. 20102010. Tarikh yang cantik. Tarikh yang saya dapat jumpa sekali sahaja dalam seumur hidup saya. Tarikh di mana saya lahir ke dunia 27 tahun yang lepas. Err.. 27 tahun? Ya, saya sudah berusia 27 tahun. Bukan lagi si pari-pari kecil berusia 7 tahun yang baru hendak mengenal dunia. Tapi pari-pari dewasa yang sudah jauh mengorak langkah melihat dunia.

27 tahun yang penuh dengan pelbagai corak dan ragamnya. Dan di usia 27 tahun ini juga lah soalan-soalan pelik selalu sahaja menerjah.

Saya tahu.
Memang dah tahu.
Saya tak boleh lagi main sorok-sorok dengan soalan-soalan seperti :
"Bila lagi nak berdua?"
atau
"Bila kenduri kau pula?"
atau
"Bila nak jamu kami makan nasi minyak?"
dan apa-apa sahaja soalan yang sama maksud dengannya. Biasalah. Bila usia sudah mencecah suku abad (apatah lagi dah melebihinya), teman-teman sejagat sudah mengendong 'beg tangan' baru, sepupu sepapat sudah kenduri sana sini, memanglah soalan-soalan pelik itu akan menerjah tidak berhenti dari timur, barat, utara dan selatan. Sabar jelah, kan?

Saya bukan tiada jawapan untuk soalan-soalan pelik yang menerjah saban hari. Tapi adalah lebih baik saya berdiam dan tersenyum sahaja dari tersalah memberi jawapan. Apa yang boleh saya katakan, InsyaAllah jodoh itu pasti. Akan sampai hari untuk saya menempuh hidup berumahtangga. Bila dan dengan siapa? Itu biarlah menjadi rahsia buat masa ini. ;) Doakan saya sahaja ya?
:Rainbow

notakaki :: Apalah salahnya sekiranya kita terus mendoakan seseorang itu dari terus menerjah dengan soalan-soalan yang kita tahu kita tak akan dapat jawapannya, kan? ;)

~pariparipelangi~
FairySanctuary

No comments:

Post a Comment