dan bila aku diam
dia menari-nari di hadapan mata
gembira seolah-olah aku tiada
walhal aku masih di sini, memerhati
hanya bibir sahaja yang mengunci diri...
dan bila aku membisu
dia melonjak-lonjak di hadapan mata
meraikan kewujudan aku yang tiada
sedangkan aku masih di sini, memerhati
hanya bibir sahaja yang mengunci diri...
dan bila aku menyepi
dia bergelak ketawa di hadapan mata
menunjukkan betapa sukanya dia aku tiada
sedangkan aku masih di sini, memerhati
hanya bibir sahaja yang mengunci diri...
namun apabila aku keluar dari persembunyian
bangkit dan bersuara
melontarkan segala kebenaran
maka dia pula yang terdiam
terduduk kegigilan
memencil diri dari pesta kegembiraan
ketakutan kerana dia tahu
dia sudah tahu
apabila musuhnya yang ini bersuara
satu persatu pekungnya akan terbuka
kebenaran akan di sebarkan
dan segala penipuan akan terbongkar...
angkuhnya kamu ketika aku diam
membuat aku senyum dalam hati
kerana angkuhmu itu yang akan menjatuhkanmu jauh
jauh.....
~pariparipelangi~
FairySanctuary
:|
ReplyDelete