November 4, 2010

Bila Otak Mula Terbeban dengan Rindu yang Mula Menebal, Bertemu adalah Penyelesaiannya


The Other Guys... cerita yang menjadi tontonan saya dan Leeya si sahabat akrab.. okay, jalan ceritanya ada tauladan, hanya selingan jenakanya agak keterlaluan.. terlalu banyak unsur jenaka lucah... haish... bagi yang boleh berfikir, tak mengapa... bagi yang mudah terikut-ikut?? rosaklah pemikirannya...

eh.. eh... bukan nak buat review filem di sini... sekadar ingin bercerita tentang rindu yang membungkam di dada.. ya, memang saya rindukan sahabat saya.. sejak bergelar 'puan', dia wajib menggalas tanggungjawabnya sebagai isteri dan suami adalah keutamaannya.. mungkin kami sudah jarang bertemu, tetapi dia tetap sahabat sejati saya.. sampai akhir hayat kami... ;)



memang sangat seronok bila dia telefon saya dan ajak keluar makan bersama.. seronok yang tidak terhingga.. kerana saya memang rindukan dia.. Leeya orang yang menjaga adab dan agamanya.. i just wish i could be like her.. Insha Allah... ;) sahabat sejati selamanya...

:Rainbow

~dari kotak fikir~

1 comment: