November 7, 2010

Kenapa Hati Jatuh?? Err.. Jatuh Hati...

:Rainbow

Bila kita mencintai seseorang, orang di sekeliling kita selalu bertanya apa yang membuatkan kita jatuh hati pada si dia.. kadang-kadang mereka tidak boleh menerima hakikat bila kita jatuh cinta dengan seseorang yang pada pandangan mereka tidak sesuai dengan kita.. Eh, bukan mereka yang bercinta dengan si dia, kan? Jadi, mereka tahu ke apa sesuai atau tidaknya? Err.. tak kisahlah.. bukan itu pun isunya.. yang pasti, bila soalan 'kenapa kita jatuh hati pada seseorang' itu dipersoalkan, pelbagai jawapan akan diberi.. antaranya adalah kerana si dia itu::

  1. kacak
  2. bergaya
  3. kaya
  4. baik budi
  5. dari keturunan baik-baik
  6. ada kerjaya yang hebat
  7. glamour
  8. romantik
  9. senyuman menawan
  10. pandai ambil hati
  11. penyayang
  12. cukup sifat
  13. gagah perkasa
  14. comel
  15. caring
  16. bla bla yang sewaktu dengannya
hmm... itu semua sebab yang tepat ke untuk jatuh hati? sifat lahiriah yang boleh hilang bila-bila masa, kan? bila semua tu dah tak ada, sayang dan cinta tu akan kekal ke? tepuk dada, tanyalah hati masing-masing, kan?

bagi saya, cuma ada satu situasi yang membuatkan saya jatuh hati pada seseorang.. bila wujud apa yang dikatakan 'saling lengkap melengkapi'.. sesuatu yang tidak terlihat jelas tetapi itu yang penting pada saya.. bila kelebihannya melengkapi kekurangan saya dan kelebihan saya melengkapi kekurangannya.. ketika wujud keserasian yang bukan direka-reka.. bila bertemu pula, kami bebas menjadi diri sendiri.. tidak menyembunyikan apa-apa di sebalik topeng lakonan..

ketika saya masih tersenyum dan gembira bersamanya bila melihat dia dalam keadaan terburuknya.. bila dia masih tetap mencintai saya bila saya berada dalam keadaan terburuk saya.. bila kami tetap berada di sisi masing-masing tidak kira dalam apa-apa situasi sekalipun.. bila keluarga saya menjadi salah satu keutamaannya dan keluarga dia menjadi salah satu keutamaan saya.. lengkap, kan? :) indah, kan?

saya dah jumpa ke orangnya?
senyum.. :)
itu rahsia kerajaan hati.. belum mahu dibongkarkan kepada sesiapa.. samaada sudah jumpa atau belum atau masih tercari-cari atau sudah ada di hadapan mata, itu masih satu teka teki buat mereka yang bertanya..

senyum.
senyumlah sampai ke telinga.. dan teruskan bertanya.. manalah tahu saya mahu menjawabnya satu hari nanti.. ;)


~dari kotak fikir~

No comments:

Post a Comment