December 24, 2010

Aku Mahu Kamu Kerana Kamu Adalah Kamu :: Sempurna Seadanya..

:Rainbow

_Entri jiwang.

Ya. Kadang-kadang saya sedikit jiwang. Melayan perasaan yang tiba-tiba diketuk bunga-bunga. Mengalahkan orang yang galak bercinta. Jika diukur tahap kejiwangan saya, sudah boleh dibentang sepanjang lebuhraya Utara-Selatan gamaknya. Mujur juga tidak selalu begini. Senget yang datang bertandang sekali sekala. Sedikit menyampah! Oh, tak! Bukan sedikit saja. Menyampah banyak. Melihat diri sendiri yang mula berjiwa-jiwa macam apa. Oh, entahlah.

Layankan saja..~

Aku tidak mahu kamu jadi matahari,
hanya menemani siangku yang ramai,
dan hilang bila senja datang.
Aku tidak mahu kamu jadi bulan, 
hanya menemani malamku yang sunyi,
dan pergi bila menjelang pagi.
Aku tidak mahu kamu jadi hujan,
hanya menemani tengkujuhku yang sayu,
dan beredar bila mentari menjelma.
Aku tidak mahu kamu jadi pelangi,
hanya menemani ceriaku yang singkat,
dan ghaib bila datang hiba.
Aku hanya mahu kamu kekal menjadi kamu,
dirimu yang aku kenali seadanya.
Itu sudah cukup menenangkan jiwa,
kerana kamu selalu ada,
sebagai perindu dan pecinta,
bila-bila masa.
Aku mahu kamu kerana kamu adalah kamu,
sempurna seadanya..

Haa~

Jiwang. Penuh bunga-bunga. Haish. Pari-pari ini tersenyum senget seadanya. Menepuk dahi sendiri. Aduhai lah. Hati sudah diketuk-ketuk jiwang yang panjang. Musim mengawan 2010 juga sudah hampir tamat. Tapi pari-pari ini masih diam sendiri. Jangankan nasi minyak sebutir, bau-bau bacangnya juga tidak ada. Oh, lambat lagi ya.

Kepada yang asyik bertanya. Jawapan saya masih sama. Ikut standard piawaian selebriti. NO COMMENT saja. Haha.

Jangan kecil hati.
Saya memang begini.
Senget 45 darjah ke mana-mana arah yang saya suka. Peace!!

Adios__


:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

1 comment: