December 8, 2010

Natrah :: Cinta, Perjuangan dan Air Mata


:Rainbow

Huberdina Maria Hertogh atau nama Islamnya, Natrah, pernah menjadi satu fenomena di Tanah Melayu pada sekitar tahun 1950-an.. Kisah sejarah itu berulang lagi dalam pementasan teater di Istana Budaya, arahan Erma Fatima.. Dengan barisan pelakon yang tidak asing bagi kita.. Menghidupkan setiap watak dengan begitu berkesan..

[Gambar : Poster Natrah musim ke dua]

Pada 4 Disember lepas saya berpeluang menonton teater Natrah di Istana Budaya.. Hebat.. Kisahnya terkesan di jiwa saya..

[Gambar :: Entrance.. Seminit sebelum masuk ke panggung Istana Budaya]

[Gambar :: Seminit sebelum teater Natrah bermula]

Sebelum menonton teater ini, saya sempat mencari maklumat mengenainya di Wikipedia untuk mendapatkan gambaran jelas.. Sekurang-kurangnya, saya tidak lah terpinga-pinga atau bersusah payah untuk memahami apa yang cuba ditonjolkan sebagai asas perjuangan dalam teater natrah itu.. Saya kongsikan dengan anda semua, ya..

http://ms.wikipedia.org/wiki/Natrah

Sesekali mencedok kisah sejarah kita, ada manfaatnya.. Belajar lah dari kisah dan perjuangannya... ;)

:Rainbow
~dari kotak fikir~

No comments:

Post a Comment