December 2, 2010
Tiba-tiba Rindu : Macam Panjang Sangat Hari Ni Rasanya.. tsk.. tsk..
:Rainbow
Sepuluh...
Sembilan...
Lapan...
[membetulkan kedudukan kerusi biar selesa..]
Tujuh...
Enam...
[mencerna idea entah apa-apa..]
Lima...
Empat..
Tiga...
[belek facebook dia.. kosong..]
Dua..
[buka folder dan fail dalam cakera keras komputer..]
Satu..
[mula menaip... menceceh saja..]
Salam sejahtera.. (kepada yang sudi menjenguk blog yang isinya hanya muntahan hati dan catatan perjalanan hidup si PariPari (kononnya) yang mencerna warna-warni pelangi (menggunakan imaginasi) menghasilkan kisah-kisah indah dalam hidup..(dunianya sendiri) mengukir senyum di bibir mereka yang tahu..)
okay.. panjang pula intronya ya? saya tahu.. tapi saya peduli apa.. ini muntahan hati saya.. boleh jadi super panjang.. boleh jadi super pendek.. boleh jadi kosong sahaja tanpa apa-apa perisa.. eh, ada ke perisa tambahan?? tak.. tak ada.. abaikan.. huh.. merepek..
hari ini terasa sangat panjang sehingga hati tiba-tiba terasa rindu.. ohh.. betul... seperti ingin kembali ke sana.. ke waktu itu.. waktu-waktu yang tak perlu memikirkan tentang apa-apa.. hanya menjalani hari-hari tanpa runsing.. waktu-waktu yang hanya bahagia singgah dalam jiwa.. ohh... seronok... memang bahagia.. tapi tak boleh... tak boleh kembalikan masa.. kena terus menuju ke depan...
eh, kejap.. tapi boleh kan mencipta semula waktu-waktu itu? boleh, kan? ;)
:Rainbow
notakaki : tak kira.. saya mahu kembali ke sana semula satu hari nanti...
~dari kotak fikir~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment