:Rainbow
__Ini entri merapu.
Memaksa diri untuk menulis dalam keadaan otak yang tepu lagi beku. Sakit jiwa betul saya ni. Sudah tahu otak tak mampu mencerna apa-apa ketika ini, masih mahu dipaksa-paksa. Agaknya sudah tidak ada kerja lain yang lebih berfaedah gamaknya.
Saya memandang ke luar tingkap sekejap. Gelap. Hanya ada lampu jalan yang malap. Kononnya mencari ilham. Kemudian saya menghadap PC semula. Namun masih tiada apa-apa idea yang muncul. Memang sudah jammed mesin penghasilan idea ini. Minta diservis agaknya.
Saya memandang ke arah dapur pula. Gelap. Lampu kalimantangnya tidak dihidupkan. Hanya terdengar suara tikus mencicit berpesta. Mahu saja diketuk-ketuk seekor demi seekor. Tapi ternampak kelibatnya sahaja, saya sudah membuka langkah seribu, bagaimana pula mahu mengetuk kepalanya? Oh, batalkan niat itu. Saya dan tikus memang tak boleh berjumpa. Yang satu akan lari ke utara dan satu lagi lari ke selatan. Elok lah.
Kemudian, saya menghadap PC semula. Masih juga kosong! Otak masih belum mencerna apa-apa idea baru. Kosong macam balang biskut kat dapur yang tinggal serdak aje. Itu pun bakal licin juga tu. Hoho..
Saya jenguk dinding facebook dan myfriends2u. Tidak ada yang menarik yang mampu merangsang kreativiti otak saya ni. Gagal lagi!!
Memang encik idea tidak mahu berkerjasama.
Maka....
Off PC..
Tidur saja... ZZZZzzzzzzz...
:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e
No comments:
Post a Comment