Di tepi tembok itu,
Seorang kanak-kanak duduk bercangkung
Merenung semut api menjunjung cebisan roti..
Diteliti satu persatu jalannya ke lubang-lubang pintu sarang..
Pada kakinya merah darah masih mengalir
dari rekahan luka kulit yang tersiat..
Di hujung jalan itu,
Seorang lelaki tua terbaring
Merenung langit yang semakin gelap dan hilang
Dihitung satu persatu rintik hujan yang turun dan kian deras..
Pada dadanya merah darah masih mengalir
dari luka dalam peluru yang masih tertanam..
Di tengah kota itu,
Seorang ibu berdiri tegak
Merenung tanah kebasahan kerana titis darah si anak
Di kuis satu persatu butirannya mencari
abu-abu suci yang masih tertinggal..
Pada tangannya merah darah masih mengalir
dari bekas ceraian jari jemari yang terpisah..
Di sini,
Seorang anak muda duduk sendiri
merenung akhbar muka depan berita antarabangsa..
Ditilik satu persatu siratannya menangisi kesengsaraan..
Pada hatinya merah darah masih mengalir
dari semangat membara perjuangan saudara seagama..
Lantas ia berlari mencapai senjata..
Bersedia untuk ke sana bersama pasukannya.
Membela nasib mereka..
-buat Leftenan Muliadi bin Mohd Nor TLDM, Leftenan Muhamadiah bin Mohd Nor RAMD dan semua perajurit ATM di seluruh Malaysia, andalah perwira kami yang disanjungi. Terima kasih atas pengorbanan, perjuangan dan dedikasi anda kepada negara.
:Rainbow
:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e
ni lagu ke syair??
ReplyDeletepuisi.. :)
ReplyDelete