June 30, 2010

bintang-bintang dan kamu..

Asyik melihat bintang yang melatari langit malam.. tenang..

Lalu dia bertanya,
Bintang apa yang pari-pari tenung di langit waktu ini?"
Bintang tujuh." 
Kataku, sekadar berseloroh mencetus idea keriangan.. Sungguh aku tidak tahu bintang apa yang sedang melatari langit malam ini.. aku bukan pernah belajar astronomi..

Soalnya lagi,
Ada bintang hati tak?"
Aku terkedu.. entah jawapan bagaimana yang harus aku beri.. tidakkah dia tahu bahawa dia lah bintang hatiku?

Lalu aku katakan padanya,
Bintang hati telah dibawa lari. Ke mana? Entah.. sungguh aku tidak tahu.."
Cukuplah jawapan seperti itu.. tidak mahu mencetus apa-apa kekeliruan lagi.. kemudian aku sekadar menyepi.. entah kenapa hati terasa luruh.. tidak mahu berbual panjang lagi.. esoklah.. esok sahaja akan kutanyakan lagi tentang khabarnya..

~pariparipelangi~
TelukBatikBeach

No comments:

Post a Comment