June 30, 2010

oh, hati... pujuklah dirimu sendiri...

Deru ombak ini seperti membawa khabar tentang dia.. tentang cinta.. tentang kisah kami yang entah di mana penghujungnya.. entah ke timur, entah ke barat... entah ke utara, entah ke selatan.. Sungguh aku tidak pernah tahu..

Bayu laut ini seperti membawa cerita tentang dia, tentang cinta.. tentang ajaibnya sebuah persahabatan.. tentang magisnya sebuah kasih sayang.. tentang indahnya erti sebuah kerinduan.. Sungguh aku merasa rindu..

Pasir pantai ini seperti membawa dongengan tentang dia, tentang cinta.. Kisah khayalan yang terlukis dalam imaginasi.. dengan dia dan aku sebagai watak utamanya.. dan hanya yang indah menjadi latar layar.. dan plot kisah-kisah manis sahaja menjadi jalan cerita.. Sungguh aku benar menginginkannya..

Namun, ombak, laut dan pantai ini hanya mencorak cerita yang aku mahu sahaja.. realitinya berbeza.. entah mampu entahkan tidak untuk aku miliki...

~pariparipelangi~
TelukBatikBeach

No comments:

Post a Comment