June 30, 2010

kenapa saya suka pelangi??

Ooopss!! Ada orang tanya saya, kenapa saya suka sangat dengan pelangi? Tak habis-habis bercakap pasal pelangi.. Nak berkarya, berpuisi bagai, mesti pasal pelangi.. Buat lagu dengan kumpulan Glowing Machine pun cerita pasal pelangi.. Dengar lagu Colbie Calliat pun lagu pelangi juga (rainbow).. Nama pena pun nak buh pelangi juga.. Oh, banyak sungguh pelangi dalam hidup kamu (saya) ya?

And i simply answered, sebab saya suka lah!! haha..

Tau tak macam mana pelangi terbentuk? Apabila cahaya dibiaskan pada titisan air, ia akan menghasilkan spektrum warna yang cantik.. Ada tujuh warna semuanya iaitu Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo dan Ungu.. Sebab tu, pelangi ni secara semulajadinya dapat dilihat selepas hujan.. Bila cahaya matahari tu terbias pada titisan-titisan air hujan yang bersisa sikit-sikit tu, maka terpancarlah spektrum warna yang kita sebutkan sebagai pelangi..

Fitrah pembentukan pelangi tu yang buat saya sukakannya!! ;)

Ibaratkan titisan air hujan tu adalah titisan air mata kita.. lepas tu datang cahaya samaada dari orang lain atau dari dalam diri sendiri.. Mengubah kesedihan jadi pelangi (keceriaan)..

So, bila kita nak tengok pelangi (keceriaan), kita kena sentiasa menerbitkan aura dan cahaya-cahaya positif dari dalam diri and get rid of all the nonsense yang mengganggu hidup kita.. Hidup kita akan jadi lebih bermakna, kan? :)

Sebab tu saya mesti sukakan pelangi!! ;) Supaya saya sentiasa dapat mewujudkan aura positif dengan warna-warna ceria dalam hidup saya!!

~pariparipelangi~
FairySanctuary

No comments:

Post a Comment