June 20, 2010

mari mencerna aura positif dari dalam diri sendiri

borak-borak dengan member, tetiba terkeluar satu cerita lama... gelak tak berhenti... gusi tak kering.. walaupun perut masih tak lalu nak menjamah makanan, tangan masih terketar dek kerana demam, bibir susah nak senyum sebab kekeringan - tetap juga ketawa... =D seronok bila kenang balik cerita dulu-dulu.. zaman sekolah, zaman universiti, zaman kerja sampai lah zaman dah bergoyang kaki je kat umah ni (bukan goyang kaki sesaje je eh..) everything come back in memories... fresh macam baru tinggalkan semua tu semalam... happy and happening... macam ni lah life.. =)

sometimes, memories make you realize of something.. (tp bukan semuanya laa, kan? some of it saje) so, bila bersendirian dalam ruang saya sendiri yang saya gelar FairySanctuary (which is actually my bedroom..hehehe..) saya try kenang cite2 lama.. ada masa saya teringin nak reverse time ke zaman2 itu semula.. (but of cause la tak boleh,kan?) tapi dengan kuasa imaginasi dan fokus, saya berjaya.. heheh.. walaupun tidak betul2 berada pada zaman tu, saya tetap dapat mengambil sedikit sebanyak aura2 baik dari masa lalu untuk menggantikan aura2 tak best yang ada hari ini.. best kan? hasilnya, saya rasa lebih lega, lebih sihat, lebih berkeyakinan... jadi lebih diri sendiri.. hmm..macam mana tu? hahaha.. maksud saya, saya kembalikan diri saya yang sebenar, bukan diri saya yang sekarang yang dah terpengaruh dengan entah apa-apa.. sungguh lah beberapa hari yang lalu saya seolah-olah berubah menjadi alien.. mungkin kerana kesihatan yang tidak baik dan mood yang berubah-ubah dan amarah yang beraja... aish, apalah paripari ni ye..? hehehehe...

Macam mana nak menarik aura2 best dalam diri? meh saya ajarkan... yang penting kena fokus.. first kena cari port yang paling best dan selesa untuk diri kamu... x kisah lah kat mana pun.. kalau rasa dalam gua tu paling best, pegi lah mana2 gua.. as for me, i choose my bedroom, my sanctuary.. =) lepas tu, dapatkan kedudukan paling selesa.. nak terbalik kepala kat bawah kaki ke atas pun takpe, janji ia selesa buat kamu.. lepas tu tutup mata rapat2.. jangan sampai nampak sekeliling.. hilangkan semua bunyi2an yang ada di sekitar kamu... fokus pada minda yang kosong itu sahaja... lepas tu, bayangkan semua perkara2 tak best yang kamu nak buangkan dari minda.. nak menangis pun, silakanlah.. remember, u are in ur own sanctuary.. tak ada siapa tahu.. nak jerit pun, silakanlah (tapi make sure takde orang terkejut eh? hehehe) then, bila da puas, replace semua perkara tu perlahan2 dengan perkara2 yang pernah menggembirakan kamu.. samaada memori masa lalu atau kalau tak ada, bayangkan je apa2 yang rasanya leh menggembirakan kamu.. senyum puas2.. kalau rasa nak ketawa, ketawa je sampai kamu rasa lega... collect that happy aura... simpan dalam diri dan hilangkan terus cerita2 x best yang kamu nak buang tu... bila rasa da betul2 happiness tu meresap, leh start buka mata and keep that aura.. pastu go on with your life macam biasa.. =) buatlah banyak2 kali sampai jadi.. =) macam orang bermeditasi... tenangkan fikiran sepenuhnya...

so, guys.. semoga berjaya menjadi ceria!!! =) get rid of the setan yang menyemak dalam kepala tu k... daaaa... ;)

~pariparipelangi~
FairySanctuary

No comments:

Post a Comment