June 21, 2010

terhiris ke terguris.. huhu

Bunuh diri? Eh, bukan. Bukan nadi yang dikerat.. Tidak terlintas nak melaksanakan perbuatan yang bernama suicide itu.. Masih lagi berfikiran waras... Ini gambar ketika tangan saya dihentam gelas Coke yang pecah berderai ketika saya sedang asyik membasuhnya.. Laa hai.. entah apa yang dikhayalkan sehingga gelas di tangan boleh pecah sendiri.. Tak dapat nak dikesan puncanya.. Kata ayah, kaca gelas itu terlalu nipis.. Mungkin zarah2 kaca itu memang sudah retak menanti belah.. Cuma kebetulan masanya untuk berderai tepat ketika saya yang sedang mencucinya.. Alahai. T__T

Layankan aje darah merah pekat mengalir keluar dari luka kecil di tapak tangan.. Sedikit sahaja lukanya, tapi darah keluar mengalir macam tak reti nak berhenti.. Adoi.. T___T ..bila tengok balik kesan luka ni, terfikir, macam ni lah agaknya bila hati kita terhiris ya? Sikit je tersentuh tapi lukanya dalam sampai darah yang mengalir pun tak mahu berhenti.. Lama menunggu kering.. Adoi laa... Penat melayan hati, kan? Tempat terkumpulnya bermacam jenis emosi.. Hanya jelas atau tidak jelas kelihatan sahaja.. Kenapa eh? Sebab ada orang yang sangat pandai menyorokkan emosinya sehingga kita tidak tahu langsung apa yang dia fikir atau rasakan.. Orang macam ni agak sukar diduga.. Tapi tak bererti susah juga untuk didekati.. Boleh je.. Ada caranya.. =) Kita pun kena pandai bermain dengan emosi juga lah.. Gunakan psikologi.. hehehehe

Saya? Oh, saya tidak begitu pandai menyorok... huhuhu... Memang selalunya emosi saya jelas ternyata.. Dan kebanyakannya terluah melalui penulisan.. Sape2 yang terbaca tulisan saya tak kira dimana sumbernya, tau lah kot emosi yang sedang melanda.. huhuhuhu.. Tapi saya suka menjadi diri sendiri.. Tak rasa macam menyorok dari emosi sendiri tu alaa2 hipokrit ke? No komen lah, ye.. Tepuk dada tanya selera.. Yang penting, tak kira apa pun jenis emosi yang melanda, kita kena sentiasa happy.. Macam juga sifat si pari2 yang sentiasa ceria.. dan juga pelangi yang menceriakan.. Kena sentiasa bijak menghiburkan diri sendiri... Sebab tak kira apa pun, diri sendiri juga lah yang tahu apa yang kita mahu dan perlu.. ;)

~pariparipelangi~
FairySanctuary

No comments:

Post a Comment