MI KARI
Bahan-bahan A
1 kg kerang – direbus dan dikopek isinya
300 gm dada ayam – dipotong dadu
3 sudu besar serbuk kari
2 ½ cawan santan
2 sudu besar air asam jawa
4 keping tauhu goreng
2 paket bebola ikan
1 kg mi kuning
200gm taugeh di celur
2 tangkai sawi
2 biji cili merah
1 tangkai daun bawang dihiris
1 tangkai daun sup
5 biji telur rebus dibelah dua
5 biji limau kasturi
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B (dikisar)
200 gm udang kering
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan-bahan C (penumis)
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan C.
2. Kemudian masukkan bahan B dan tumiskan sehingga naik bau.
3. Selepas itu, masukkan serbuk kari dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan santan dan ayam. Kacau sehingga daging ayam menjadi empuk.
5. Kemudian, masukkan tauhu goreng, kerang, bebola ikan, garam dan air asam jawa. Kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan mi kuning, sawi dan taugeh ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah kari.
7. Hiaskan dengan taburan cili merah, daun bawang, daun sup, bawang goreng, telur rebus dan limau kasturi.
selamat mencuba!!
~pariparipelangi~
FairySanctuary
12 August 2010
12 August 2010
No comments:
Post a Comment