sangat teringin hendak melepaskan segala macam perasaan dengan hamburan air mata.. tapi liat sungguh air mata ini hendak keluar.. entahlah.. pemalu sangat agaknya.. sudah dipaksa-paksa, masih juga membeku di dalam..
mak kata, perasaan akan jadi sangat lega lepas menangis.. oh, sangat teringin merasai perasaan lega yang semacam itu.. tapi memang degil sungguh air mata ini.. tak mahu juga terhambur.. sudah beku tahap maksima agaknya.. kena ke Sahara baru boleh mencair mungkin..
tolonglah air mata.. keluarlah.. walaupun hanya setitik.. sangat-sangat mahu menangis kala ini.. tolong lah..
ah!! sudah lah kalau tak mahu.. saya merajuk dengan kamu lah, si air mata.. biarlah saya senyum dan ketawa sahaja.. ketawa menggila seperti ledakan gunung berapi Krakatao.. jangan ditanya kenapa saya ketawa begini.. ini ketawa pengganti air mata namanya.. huh!!
sudahlah..
sudah...
haish...
haish....
~pariparipelangi~
FairySanctuary
10 Ogos 2010
No comments:
Post a Comment