Senyum. :)
Tak cukup dengan senyum sebenarnya. Sengihlah saya menampakkan barisan gigi yang tidak sempurna susunannya. Tapi tak mengapa. Susunan gigi yang bertindih di bahagian hadapan ini membuatkan saya kelihatan sedikit berbeza. (walhal sama sahaja). Eh, bukan soal gigi yang mahu dicoretkan. Itu cuma iklan yang entah apa-apa.
Berbalik kepada isu sebenar yang mahu di kupas di sini. Mengenai kaitan senyuman saya dan dia yang menjadi sumber inspirasi.
Tipu.
Ya, memang sedikit menipu bila kita kata tidak ada sesiapa yang menjadi motivasi penggerak sendi-sendi kaki untuk melangkah lebih jauh lagi. Kalau bukan 'siapa', pasti ada 'apa' atau 'mengapa' yang menjadi inspirasi. Menjadi asas menunjang kekuatan dan tekad dalam diri.
Ada.
Memang ada.
Saya ada 'siapa', 'apa' dan 'mengapa'. Dan hari ini saya lebih suka bercerita tentang si 'siapa'. Mencanang tentang dia si pencetus inspirasi. Penggerak sendi-sendi biar kukuh dan teguh berlari.
Tahu?
Maklum?
Mungkin dia tahu. Mungkin juga dia tidak tahu. Saya tidak pernah maklumkan yang dia itu si pencetus inspirasi. Nanti habis kekok gerak gerinya dan dia tidak lagi se'normal' selalu. Nanti motivasi juga jadi goyah. Maka, biarkan sahaja dia tidak tahu. Dan saya terus dapat mencuit berjuta-juta motivasi dari dalam dirinya. Untuk saya terus berlari laju tanpa henti.
Apa?
Entah ya. Susah juga mahu dijelaskan dengan panjang lebar apa yang membuatkan dia menjadi si pencetus inspirasi. Telinga orang sudah biasa mendengar alasan:
"Oh, ketabahannya membuatkan saya mahu menjadi seperti dia."atau;
"Dia mengambil berat tentang saya dan ia menyentuh hati saya."atau;
"Kejayaannya menyedarkan saya bahawa saya juga mampu melakukannya."
:) Tapi si dia ini berbeza. Tidak dapat dikategorikan dalam mana-mana kelompok pernyataan-pernyataan itu. Memang sukar mahu dijelaskan bagaimana atau mengapa. Mungkin saya boleh kata;
"Dia senyum dan itu cukup mencetuskan berjuta-juta inspirasi hebat."Oh, ini bukan soal getaran hati atau apa-apa yang boleh dikaitkan dengan itu. Bukan sesuatu seperti itu. Eh, saya tahulah. Saya tahu bila saya sebutkan 'si dia', ramai yang akan terdetik dalam hati mengatakan si dia itu adalah si kekasih hati. Haha. Saya gelak dua kali. Haha. Tak apa. Itu lumrah. Memang fitrah manusia begitu. Namun dengan jelas dinyatakan di sini, 'si dia' bukan 'si kekasih'. Hanya pencetus inspirasi yang menyemarakkan motivasi dalam diri.
Tak kisahlah apapun canangan orang.
Saya jarang ambil peduli. Lebih-lebih lagi yang hanya menimbulkan kontroversi mencari secubit publisiti. Tidak ada yang bermanfaat pada saya canangan-canangan yang seperti itu.
Eh.. Eh...
Jangan keluar dari topik ya. Masih lagi tentang si dia sumber inspirasi. Moga terus membantu saya teguh berdiri dan pantas berlari. ;)
notakaki :: Dia itu ..... eh, tak nak cakaplah. :p
:Rainbow
~pariparipelangi~
FairySanctuary
No comments:
Post a Comment