October 31, 2010

"Padan Muka" - Itu Yang Saya Dapat Bila Tak Dengar Kata

Haha..
Saya gelak dulu.. gelakkan diri sendiri.. ingat dah kuat sangat, tapi hakikatnya tak sekuat mana pun.. tapi tak apa lah tak kuat kudrat.. janji semangat dan tekad saya masih kuat seperti selalu.. itu yang penting..

Hari ini saya belek-belek fail kes 126/04, kes kemalangan pada OKTOBER 2004.. oh, itu sudah enam tahun yang lepas.. kes sudah pun selesai.. fail sudah pun ditutup.. tapi saya sengaja mahu mengimbas kembali dan ini yang saya jumpa ::

Yup.. ini gambar x-ray bahu kanan saya yang mengalami keretakan atau pecahan sewaktu kemalangan tersebut.. ini x-ray setahun selepas kemalangan.. masih jelas bahagian yang retak tu.. tak banyak perubahan dari x-ray sejurus kemalangan.. pada pandangan mata saya, ia nampak sama sahaja.. iyalah.. saya bukan pernah belajar ilmu ortopedik.. manalah saya tahu.. retak, patah atau tak, nampak serupa sahaja.. haha

Bahu yang keretakan ini jugalah yang membuatkan saya dapat sindiran "padan muka" secara percuma.. haha.. okay, saya tergelak lagi.. serius sikit ya..

Mak dah kata, jangan buat kerja berat-berat.. jangan angkat benda-benda berat.. tapi biasalah saya ini.. sedikit keras kepala.. saya buat juga kerja-kerja yang mak tegah.. konon-kononnya saya kuat.. haha.. memang kuat.. ngeeeee~ bila mak kata ;
"Bahu kau tu dah patah.. ingat-ingat sikit.."
saya bersahaja menjawab ;
"Alaa, dah kuat dah mak.. patah dah lama.."

Dan mungkin mak kecik hati dengan saya.. asyik melawan saja, keras kepala!! bangun tidur sahaja, bahu kanan saya sudah terasa sangat berat macam dihempap batu besar.. sendi bahu sakit bila digerakkan.. lengan saya bengkak macam otot orang bina badan.. Oh.. hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya.. dan bila saya beritahu mak mengenainya, respon yang saya dapat ialah dua perkataan sahaja ;
"PADAN MUKA!!"
Haha.. memang padan muka saya, kan? itulah.. tak dengar kata.. huhu..

notakaki :: tak nak dah lawan cakap mak.. takut bangun esok pagi, bibir pulak bengkak macam donut terlebih yis.. haish.. nauzubillah.. ampunkan saya ya mak.. Love you mom..

:Rainbow

~pariparipelangi~
FairySanctuary

No comments:

Post a Comment