May 6, 2012

Pesta Hati :: Pesta Buku


Bismillahirrahmanirrahim...

 _Mula.

Err. Patut dah lama dah mula.Terakhir menulis pada September 2011. Oh, memang sudah lama. Tak dinafikan. Lama sungguh. Jika blog ini serupa diari-diari lama yang disimpan dalam kotak, memang sudah tebal habuknya. Hailaa..

Beberapa tempoh kebelakangan ini jari memang malas nak mengetik papan kekunci. Berat dah gaya pikul batu bertan-tan atas jari ni. Malas. Nak fikir apatah lagi. Semuanya main tolak tepi. Konon boleh hilang serabut. Tak sedar yang ditolak ke tepi tu makin hari makin serabut rupanya. Kasihan..

Sekarang, semangat yang tertolak jauh dah datang bergolek-golek. Minta dipenuhi semua hasrat hati. Minta diluruskan yang kusut masai. Kadang-kadang terlebih happy macam dah tak cukup hari nak bergembira. Menghitung setiap saat macamlah jarum detik tu akan berhenti. Oh, entahlah.. Emosi memang begini rupanya. Ikut sesuka hati dia mahu bagaimana.

Eh, sudahlah.
Itu cerita sudah.

Ini cerita hari ini.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.. Memang melonjak-lonjak hati bila sebut tentang pesta buku. Lain macam perasaan yang singgah. Dah gaya orang bercinta nak berjumpa kekasih hati buat kali pertama. Memanglah PBAKL selalu saja memberi aura keceriaan berganda (dan double upset bila tak dapat nak jengah.. Huh!).

Dua hari jengah PBAKL tahun ni, setiap kali tu juga lah membeli belah. Tambah yang main pesan kat orang lagi. Baru merancang nak shopping rak buku untuk susun atur semula buku-buku sedia ada. Sudah di tambah lagi naskah-naskah baru dari PBAKL. Rambang mata. Memang bernafsu setiap kali ke sana.

Kali ini saya melengkapkan koleksi novel karya Khairyn Othman terbitan Jemari Seni dan koleksi kisah Sunan dari RAM terbitan Alaf 21. Biografi Agung Rasullullah terbitan Mustread dan Srikandi-Srikandi Yang Benar terbitan PTS juga menjadi pilihan. Buku-buku lain juga turut di sambar seperti Imam-imam Yang Benar, Aku Bukan Malaikat, Dia Bukan Nabi, Syamail Muhammadiya, Tafsir Ayat Ahkam, Quartet etc. Ah, memang gila di Pesta Buku. Jika sebahagian kita gila dapat shopping Gucci, Prada, Hermes, Salvatore Ferragamo dan macam-macam lagi jenama 'orang putih', saya gila dapat shopping buku. Ya, b.u.k.u, buku. Ah, boleh saja jika kamu suka mahu panggil saya ulat buku. Saya peduli apa. :p

Sudahlah. Saya mahu mula membaca. Menghabiskan koleksi yang diborong di PBAKL tahun ini. Belum tahu bila habisnya..

notakaki :: Lebih seronok lagi bila dapat tahu buku masakan saya, 'Hidangan Sesuci Lebaran bersama Chef Sara' terbitan PTS Milenia turut terjual di PBAKL. (Sungguh! Ingat sudah tidak laku. Masih ada rezeki saya rupanya). 

_Noktah.




:: dari kotak fikir infiniti ::

Si Pari-Pari Pelangi

No comments:

Post a Comment