September 22, 2011

Caffox + Alatrol

_Mula.
Caffox.
Alatrol.

Dah gaya macam makan gula-gula je saya telan benda ni hampir setiap hari. Hampir. Bukan setiap hari. Situasi tidak kronik untuk memaksa saya menelannya hari-hari. Maka telan bila dirasakan perlu sahaja. Itu kata doktor. Saya ikut saja. Tak ikut nanti dikatanya keras kepala.

Ini semua gara-gara King Migrain dan Encik Eczema. Si migrain itu King kerana sering sahaja bermaharajalela dalam kepala. Sekali bersarang, berhari-hari baru hilang. Kejam. Mahu sahaja diburu, ditangkap dan direjam sampai mati. Setakat ini Caffox itulah yang setia memburu dan merejam King Migrain yang menyerang urat-urat kepala. Tapi kadang-kadang, Caffox itu pun kalah juga. Maka waktu itu, tidur secara paksa menjadi ubatnya. Jangan tanya bagaimana rupa saya ketika memaksa diri untuk tidur ketika itu. Memang pasti berwajah bengis, kejam dan hodoh juga. Melawan King Migrain yang kejam memang begitulah. Haish.

Si Eczema itu Encik kerana suka mengusik kulit halus mulus saya ini. Sudah jadi kering kontang, nipis dan luka. Ish, geram. Mungkin Encik Eczema ini dengki agaknya. Cemburu bila kulit saya cantik. Maka diserang permukaan kulit dan sendi-sendi saya ni. Dah rupa kulit nenek-nenek. Sedih. Terpaksa pula mengalah tak boleh makan itu, tak boleh makan ini. Tak boleh guna sabun itu, tak boleh guna sabun ini. Tak boleh berpeluh, tak boleh berjemur bawah matahari. Cis! Buat saya nampak macam minah gedik bila buat kerja di dapur pun kena bersarung tangan. Bila berpeluh sikit pun dah mula nak merungut sebab rimas. Bila berjemur lama sikit bawah matahari dah rasa macam dibakar dalam oven. Oh!! Sedih.Mujur ada Alatrol yang membantu serba sedikit. Boleh lah nak halau Encik Eczema tu untuk sehari dua. Hmm..

Layankan saja...

_Noktah.

:: dari kotak fikir infiniti ::
:e PariPariPelangi :e

No comments:

Post a Comment